Kluster Hentian, Kluster Bukit

π—žπ—Ÿπ—¨π—¦π—§π—˜π—₯ π—›π—˜π—‘π—§π—œπ—”π—‘

Melibatkan daerah Hulu Langat di Selangor. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-18664) telah dikenal pasti positif Covid-19 hasil saringan individu bergejala pada 15 Oktober 2020 dan dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh. Saringan kontak rapat mengenal pasti enam lagi kes positif Covid-19. Sehingga 19 Oktober 2020, 12 tengah hari, sejumlah 127 individu disaring, di mana tujuh dikesan positif Covid-19; dan 120 individu masih menunggu keputusan.

π—žπ—Ÿπ—¨π—¦π—§π—˜π—₯ π—•π—¨π—žπ—œπ—§

Melibatkan daerah Melaka Tengah, Alor Gajah dan Jasin di negeri Melaka. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-17531) dikenal pasti positif Covid-19 hasil saringan individu bergejala pada 13 Oktober 2020 dan dimasukkan ke Hospital Melaka. Saringan kontak rapat mengenal pasti 14 lagi kes positif Covid-19. Sehingga 19 Oktober 2020, 12 tengah hari, sejumlah 89 individu disaring, di mana 15 kes dikesan positif Covid-19, 73 individu negatif; dan satu individu masih menunggu keputusan.

SEMENTARA itu 31 kluster melaporkan kes baharu termasuk 2 kluster baharu.
Penjara Kepayan melaporkan kes tertinggi (135) diikuti Auto (41) dan Saguking (30).

Kluster Tembok pula hanya melaporkan 1 kes baharu hari ini.

Related posts

Leave a Comment