26.3 juta dos vaksin disuntik

PUTRAJAYA 13 Ogos – Sebanyak 26,388,905 dos vaksin Covid-19 telah diberikan menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) setakat semalam.

Menteri Kesihatan Dr Adham Baba berkata, 16,545,384 orang menerima dos pertama manakala 9,843,521 orang menerima dos kedua.

Mengikut peratusan, 70.7 peratus daripada populasi dewasa negara telah mendapat dos pertama, manakala 42 peratus melengkapkan dua dos suntikan.

Sementara itu, vaksinasi harian mencatatkan 525,342 dos diberikan semalam dengan 197,962 adalah dos pertama manakala 327,380 adalah dos kedua.

Selangor terus mencatatkan pemberian dos kedua tertinggi dengan 90,692.

Ini diikuti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (52,765), Johor (31,205), Sabah (27,672), Pulau Pinang (21,850) dan Perak (20,455).

PICK dilancarkan pada 24 Februari lepas bagi memberikan vaksinasi untuk membendung pandemik Covid-19 di seluruh negara.

Related posts

Leave a Comment