Kes di Sabah 643

JUMLAH kes Covid-19 yang dilaporkan di SABAH adalah 643 kes di mana 183 dari kluster sedia ada, 343 saringan kontak rapat dan 117 lain-lain saringan Covid-19

SELANGOR mencatatkan 107 kes iaitu 71 dari kluster sedia ada, 19 saringan kontak rapat, dua saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi, satu kluster Hentian (baharu), lapan lain-lain saringan Covid-19, empat import dari China, satu masing-masing import dari Amerika Syarikat dan Qatar.

LABUAN merekodkan 34 kes iaitu 33 dari kluster sedia ada dan satu saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi.

PULAU PINANG merekodkan 24 kes dari kluster sedia ada dan dua saringan kontak rapat manakal PERAK mencatatkan 18 kes iaitu sembilan dari kluster sedia ada, dua saringan kontak rapat dan tujuh lain-lain saringan Covid-19.

MELAKA pula merekodkan 16 kes di mana 11 kluster Bukit (baharu), tiga saringan Depoh Tahanan Imigresen, satu saringan kontak rapat dan satu saringan individu bergejala.

KUALA LUMPUR mencatatkan tujuh kes melibatkan empat saringan kontak rapat, satu dari kluster sedia ada, satu saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi dan satu import dari Australia

NEGERI SEMBILAN merekodkan dua kes dari kluster sedia ada dan dua saringan kontak rapat manakala KEDAH merekodkan tiga kes dari kluster sedia ada.

PUTRAJAYA mencatatkan tiga kes dari kluster-kluster sedia ada, JOHOR dua kes iaitu dari kluster sedia ada dan saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi.

PAHANG mencatatkan satu kes saringan individu bergejala TERENGGANU, satu kes dari kluster sedia ada.

Related posts

Leave a Comment