Indonesia catat 3,373 kes

INDONESIA terus mencatatkan penambahan kes jangkitan Covid-19 apabila merekodkan 3,373 kes hari ini, 19 Oktober yang membawa jumlah kumulatif sebanyak 365,240 kes dengan 63,380 kes aktif.

Jakarta merekodkan kes tertinggi dengan 926 kes dan kumulatif 95,253 kes diikuti Jawa Barat 524 kes (30,778), Jawa Tengah 316 (29,395), Jawa Timur 242 (49,174)

Jumlah pesakit yang meninggal dunia juga meningkat kepada 12,617 kes dengan tambahan 106 kes.

Kes kematian tertinggi dicatatkan di Jawa Barat dengan 21 kes dan kumulatifnya 580 kes, Jawa Timur 18 (3,562), Jakarta 14 (2,046), Sumatera Barat 13 (202), Jawa Tengah lima kes dan kumulatifnya 1,587 kes.

Sementara itu, 3,919 lagi pesakit sembuh yang membawa jumlah keseluruhan kes sembuh meningkat kepada 289,243 kes dengan Jakarta merekodkan kes sembuh harian tertinggi iaitu 1,124 kes dengan kumulatifnya 80,167 kes.

Riau mencatatkan 521 kes menjadi 7,456 kes, Jawa Barat 339 (20,608), Jawa Tengah 352 (23,724), Jawa Timur 341 ( 43,049), Aceh 215 (4,820).

Related posts

Leave a Comment