PKPD di Penjara Kepayan

MAJLIS Keselamatan Negara (MKN) akan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Penjara Kepayan dan Kuarters Anggota Pegawai di Kampung Matambai mulai 21 Oktober sehingga 3 November 2020.

Menteri Kanan Pertahanan, Ismail Sabri Yaakob berkata, jumlah keseluruhan individu terlibat adalah seramai 3,511 orang merangkumi 2,914 banduan dan 597 staf penjara.

Sepanjang tempoh itu, bekalan keperluan makanan akan diagihkan oleh Kerajaan Negeri Sabah yang akan dikoordinasi Pusat Kawalan Operasi Bencana Negeri.

Mengenai kebenaran masuk dari Singapura, beliau berkata kerajaan tidak pernah menghalang rakyat Malaysian dari Singapura masuk ke negara ini.

Terdapat beberapa kategori permohonan bagi urusan keluar masuk ke Malaysia dalam tempoh PKPP sehingga 31 Disember 2020 yang boleh dipohon melalui MyTravelPass yang boleh diakses di laman sesawang rasmi Jabatan Imigresen http://imi.gov.my

Kategori tersebut adalah:

• Singapura Reciprocal Green Lane (SRGL) –  Individu yang ingin masuk ke Malaysia perlu menjalani swab test tiga hari sebelum tiba dan akan di swab test sekali lagi setibanya dipintu masuk Malaysia.

• Periodical Commuting Arrangement (PCA) – individu yang pulang ke Malaysia perlu menjalani Swab test setibanya di Malaysia dan perlu menjalani kuarantin tujuh hari setelah keputusan saringan negatif

• Bagi rakyat Malaysia yang bekerja di Singapura dan tidak mahu pulang dengan menggunakan PCA, mereka boleh terus ke Pintu Masuk Bangunan Sultan Iskandar (BSI) atau Kompleks Sultan Abu Bakar (KSAB) dan perlu menjalani Kuarantin  wajib 14 hari.

Related posts

Leave a Comment