Saudi catat 381 kes baharu

ARAB Saudi setakat hari ini, Isnin 19 Oktober merekodkan 342,583 kes koronavirus Covid-19 dengan jumlah jangkitan harian kini kurang daripada 400 kes.

Menurut Kementerian Kesihatan (MoH), jumlah kes yang direkodkan hari ini adalah 381 kes berbanding semalam 348 kes.

Kes aktif pula sebanyak 8,487 di mana 844 adalah kritikal.

Sebanyak 16 lagi kematian dilaporkan berbanding 20 semalam menjadikan jumlah keseluruhan kes pesakit meninggal dunia meningkat kepada 5,201 kes.

MoH juga melaporkan sebanyak 357 kes sembuh dicatatkan yang membawa kepada jumlah keseluruhan kes sembuh 328,895 atau 96 peratus daripada  keseluruhan kes.

Sementara itu, Madinah merekodkan kes tertinggi iaitu 60 kes jangkitan diikuti Yanbu 42, Makkah dan Riyadh masing-masing 27 kes sementara Jeddah lapan kes..

Related posts

Leave a Comment