Zon bertukar warna

JUMLAH kluster meningkat terutama di Semenanjung Malaysia, di samping peningkatan kes dalam kluster-kluster yang sedia ada. Berikutan peningkatan jumlah kes dan kluster yang aktif ini, terdapat beberapa daerah yang berubah menjadi zon kuning dan merah.

Sehingga 14 Oktober 2020, sebanyak 52 daerah dilaporkan menjadi zon kuning dan sebanyak 19 daerah menjadi zon merah di seluruh Semenanjung Malaysia.

Pelbagai tindakan diambil Kementerian Kesihatan misalnya dengan menjalankan Active Case Detection (ACD), meneruskan aktiviti-aktiviti survelan di klinik-klinik sentinel dan hospital-hospital, aktiviti pembersihan dan nyahkuman, serta meningkatkan ujian, pengesanan, pengasigangan dan rawatan.

Dalam masa yang sama, Kementerian Kesihatan (KKM) dengan kerjasama pelbagai agensi berusaha memberikan penjelasan, khidmat nasihat dan didikan kepada masyarakat agar terus membudayakan norma baharu kehidupan agar kita dapat memutuskan rantaian penularan jangkitan di dalam komuniti.

KKM mengajak rakyat Malaysia dari semua lapisan masyarakat untuk terus bersatu dan bersama-sama dalam perjuangan membendung penularan Covid-19 sebelum situasi pandemik ini menjadi lebih parah.

Masyarakat, komuniti dan individual perlu berganding bahu dalam usaha ini dan bersama-sama mematuhi segala Prosedur Operasi Standard (SOP) yang telah ditetapkan.

Related posts

Leave a Comment