Melonjak kepada 501 kes

KES positif koronavirus Covid-19 di Arab Saudi melonjak kepada 501 kes hari ini selepas dua minggu kes jangkitan harian berada di bawah paras 500.

Kali terakhir kes mencecah 500 sebelum menunjukkan penurunan kepada 348 kes pada 12 Oktober adalah pada 29 September dengan merekodkan 539 kes.

Menurut Kementerian Kesihatan (MoH), jumlah keseluruhan kes jangkitan setakat ini adalah 340,590. Kes aktif pula 8,662 di mana 830 kritikal.

Sebanyak 21 lagi pesakit meninggal dunia akibat Covid-19 dan ini membawa kepada jumlah keseluruhan kematian sebanyak 5,108 orang.

MoH juga melaporkan 481 pesakit sembuh yang menjadikan jumlah pesakit pulih meningkat kepada 326,820 orang atau 95.95 peratus daripada  keseluruhan kes.

Sementara itu Madinah merekodkan kes tertinggi iaitu 57 kes diikuti Makkah 47, Riyadh 42, Yanbu 33 dan Hafouf 25.

Related posts

Leave a Comment