Lagi sekolah di Perak tutup

JABATAN Pendidikan Negeri Perak memutuskan menutup satu lagi sekolah di negeri itu iaitu SK Lekir Batu 8, Sitiawan susulan terdapat kes positif Covid-19, menjadikan

jumlah sekolah yang ditutup sebanyak tujuh berbanding enam sebelumnya di daerah Larut, Matang dan Selama.

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pembangunan Modal Insan, NGO dan Masyarakat Sivil negeri, Razman Zakaria berkata tujuh buah sekolah itu ialah; SMK King Edward VII, Taiping, SMK (P) Treacher Methodist, Taiping, SMK Bukit Jana, Kamunting, SK Taman Jana, Kamunting, SK Convent Kota, Taiping,SK Ulu Mengkuang, Selama dan SK Lekir Batu 8, Sitiawan.

Penutupan sekolah dibuat bagi membolehkan kerja-kerja pembersihan dan disinfeksi dijalankan.

Razman berkata, pihak sekolah juga disarankan melaksanakan sanitasi di premis masing-masing dan mengamalkan SOP ketat kepada semua pelawat, ibu bapa, murid, pelajar serta guru khususnya mereka yang berada ataupun pulang dari kawasan yang berisiko bagi mengelakkan penyebaran wabak berkenaan.

Related posts

Leave a Comment