108 kematian di Indonesia

INDONESIA merekodkan 4,850 kes baharu Covid-19 menjadikan jumlah kumulatif  320,564 kes dengan kes aktif sebanyak 64,924. Sebanyak 108 kematian juga dilaporkan menjadikan jumlah pesakit yang meninggal dunia akibat Covid-19;meningkat kepada 11,580 orang. Jakarta menduduki tempat teratas dengan 83,372 jumlah jangkitan selepas 1,182 kes baru dilaporkan. Dalam tempoh seminggu yang lalu ibu kota itu mencatat purata lebih 1,200 jangkitan setiap hari. Ini diikuti dengan Jawa Timur sebanyak 46,095 kes terkumpul, Jawa Barat 26,259 kes, Jawa Tengah 25,261 kes dan Sulawesi Selatan 16,298 kes.  Kes sembuh pula meningkat sebanyak 3,769 kes  dan…

Read More

421 kes, 25 maut di Saudi

ARAB Saudi merekodkan 421 kes baharu Covid-19 pada 18 Oktober menjadikan jumlah keseluruhan kes meningkat kepada 338,132. Menurut Kementerian Kesihatan, sebanyak 25 kematian dilaporkan akibat komplikasi Covid-19 yang membawa jumlah kumulatif 4,972 kematian. Sebanyak 561 kes sembuh dilaporkan dalam tempoh 24 jam dan setakat ini 323,769 pesakit telah sembuh atau 95.75 peratus daripada keseluruhan kes. Kes aktif pula sebanyak 9,391 kes di mana 879 kritikal. Sementara itu, Madinah merekodkan kes tertinggi iaitu 57 kes diikuti Yanbu 38, Makkah 36, Baljarshi 31 dan Riyadh 30.

Read More

Masuk Sarawak wajib kuarantin

KUCHING: Semua warganegara Malaysia yang masuk ke Sarawak perlu menjalani kuarantin wajib 14 hari di pusat kuarantin ditetapkan mulai 10 Oktober ini, kata Timbalan Ketua Menteri I Sarawak, Douglas Uggah Embas. Katanya, ujian saringan Covid-19 akan diambil pada hari kedua dan ke-10 dengan kos kuarantin dan ujian ditanggung sendiri oleh individu terbabit. Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak berkata, kos kuarantin dan ujian Covid-19 rakyat Sarawak akan ditanggung oleh Kerajaan Negeri Sarawak. Bercakap pada sidang media harian Covid-19, beliau berkata sebelum ini, arahan kuarantin wajib 14…

Read More

BN tak tanding PRK Batu Sapi

BARISAN Nasional (BN) tidak akan menyertai Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Batu Sapi, kata Pengerusinya, Dr Ahmad Zahid Hamidi. Katanya, langkah itu diambil bagi mengelakkan penularan wabak Covid-19 seperti yang berlaku semasa Pilihan Raya Negeri (PRN) baru-baru ini. “Pada hemat BN, kesejahteraan dan kesihatan rakyat hendaklah menjadi keutamaan,” katanya dalam satu kenyataan media, 8 Oktober. Katanya, BN menyerahkan kepada kebijaksanaan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk memutuskan tempoh berkempen dan kesesuaian tarikh pengundian yang akan dilakukan kelak. Dilaporkan, Dewan Rakyat Isnin lalu telah mengemukakan pemberitahuan kepada SPR berhubung kekosongan luar jangka…

Read More

Lima kluster baharu

  𝟭) 𝗞𝗟𝗨𝗦𝗧𝗘𝗥 𝗧𝗨𝗝𝗨𝗛 𝗦𝗘𝗥𝗔𝗡𝗚𝗞𝗔𝗜, 𝗦𝗔𝗕𝗔𝗛 Kluster baharu ini telah dikenal pasti di daerah Tuaran, Sabah. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-11569) telah dikenal pasti positif COVID-19 hasil saringan bergejala pada 5 Oktober 2020 dan telah dimasukkan ke Hospital Queen Elizabeth. Saringan kontak rapat telah mengenalpasti 22 lagi kes positif COVID-19. Sehingga 8 Oktober 2020, 12 tengah hari, sejumlah 325 individu telah disaring. Keputusan saringan adalah seperti berikut: • 23 kes dikesan positif COVID-19; dan • 302 individu masih menunggu keputusan. 𝟮) 𝗞𝗟𝗨𝗦𝗧𝗘𝗥 𝗧𝗔𝗡𝗔𝗠𝗘𝗥𝗔, 𝗦𝗔𝗕𝗔𝗛 Kluster baharu ini…

Read More

5 kematian baharu di Sabah

LIMA kematian berkaitan Covid-19 ynag direkodkan pada 8 Oktober berlaku di Sabah yang melibatkan warga tempatan. Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes maut kini 146 kes atau 1.02 peratus daripada jumlah keseluruhan kes. Kematian ke-142 melibatkan lelaki berusia 55 tahun yang mempunyai penyakit kencing manis, darah tinggi dan dislipidemia; kematian ke-143, seorang perempuan berumur 75 juga mempunyai penyakit darah tinggi; kematian ke-144 merupakan lelaki berumur 57 tahun yang mempunyai penyakit kencing manis dan darah tinggi; kematian ke-145 pula lelaki berusia 82 tahun manakala kematian ke-146 merupakan lelaki berumur 53 tahun, turut mempunyai penyakit kencing manis.

Read More

Sabah catat kes tertinggi

SEMUA negeri dan Wilayah Persekutuan kecuali Perlis  mencatatkan kes baharu Covid-19 hari ini, 8 Oktober menjadikan jumlah kes baharu sebanyak 375 kes. SABAH-271 6 Kluster Ramai-Ramai 5 Kluster Laut 3 Kluster Benteng LD 3 Kluster Tujuh Serangkai (kluster baharu) 2 Kluster Tanamera (kluster baharu) 252 kes dari pelbagai saringan lain COVID-19 SELANGOR-36 12 Kluster Jalan Meru 4 saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi 20 kes dari pelbagai saringan lain COVID-19 KL-12 8 Kluster Jalan Pantai (kluster baharu) 2 saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi 2 import BWN tiba dari Belgium…

Read More

375 kes, lima kematian

PUTRAJAYA: Sebanyak 375 kes baharu Covid-19 dan lima kematian direkodkan pada 8 Oktober di samping kemunculan lima kluster baharu, kata Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah. Daripada jumlah itu, 371 merupakan penularan tempatan dan empat lagi merupakan kes import, dengan kes tertinggi dicatatkan di Sabah sebanyak 271 kes. “Daripada 371 kes penularan tempatan, 342 kes melibatkan warganegara dan 29 kes lagi bukan warganegara manakala kesemua kes import melibatkan bukan warganegara yang mengembara dari India (dua kes) dan Belgium (dua kes),” katanya. Ini menjadikan jumlah kes positif keseluruhan adalah 14,368 kes dengan jumlah kes aktif kebolehjangkitan sebanyak 3,703 kes. Sementara itu, terdapat 18 kes…

Read More

Menghadap Agong 13 Okt.

KUALA LUMPUR: Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Anwar Ibrahim mendakwa beliau akan menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada Selasa, 13 Oktober. Dalam satu kenyataan media, Anwar menjunjung kasih atas perkenan Yang di-Pertuan Agong itu. “Pada majlis menghadap tersebut saya akan mempersembahkan keterangan lengkap mengenai jumlah majoriti Ahli Parlimen yang kukuh dan meyakinkan seperti mana yang pernah disebutkan sebelum ini. “Saya amat berharap rakyat Malaysia untuk terus bertenang dan mendoakan dari rumah atau tempat pekerjaan masing-masing, serta menghormati Peraturan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP),” katanya. Pada 23…

Read More