108 kematian di Indonesia

INDONESIA merekodkan 4,850 kes baharu Covid-19 menjadikan jumlah kumulatif  320,564 kes dengan kes aktif sebanyak 64,924.

Sebanyak 108 kematian juga dilaporkan menjadikan jumlah pesakit yang meninggal dunia akibat Covid-19;meningkat kepada 11,580 orang.

Jakarta menduduki tempat teratas dengan 83,372 jumlah jangkitan selepas 1,182 kes baru dilaporkan.

Dalam tempoh seminggu yang lalu ibu kota itu mencatat purata lebih 1,200 jangkitan setiap hari.

Ini diikuti dengan Jawa Timur sebanyak 46,095 kes terkumpul, Jawa Barat 26,259 kes, Jawa Tengah 25,261 kes dan Sulawesi Selatan 16,298 kes. 

Kes sembuh pula meningkat sebanyak 3,769 kes  dan kumulatifnya mencapai 244.060 kasus.

FILIPINA setakat pukul 4 petang hari ini, 8 Oktober merekodkan 2,363 kes baharu yang membawa kepada jumlah keseluruhan kes meningkat kepada 331,869.

Menurut Jabatan Kesihatan, sebanyak 144 kematian dilaporkan yang menjadikan 6,069 kematian.

Di samping itu kes pulih turut meningkat kepada 274,318 apabila 697 kes sembuh baharu dilaporkan menakala kes aktif pula sebanyak 51,482.

SINGAPURA melaporkan sembilan kes baharu Covid-19 setakat tengah hari Khamis 8 Oktober yang membawa jumlah kumulatif 57,849 kes.

Kementerian Kesihatan (MoH) memaklumkan empat daripada kes baharu itu tinggal di dormitori manakala lima adalah kes import dan dikenakan notis Jangan Keluar Rumah (SHN) sebaik sahaja tiba di Singapura.

Tiada kes baharu dalam masyarakat dilaporkan.

Related posts

Leave a Comment