BN tak tanding PRK Batu Sapi

BARISAN Nasional (BN) tidak akan menyertai Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Batu Sapi, kata Pengerusinya, Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Katanya, langkah itu diambil bagi mengelakkan penularan wabak Covid-19 seperti yang berlaku semasa Pilihan Raya Negeri (PRN) baru-baru ini.

“Pada hemat BN, kesejahteraan dan kesihatan rakyat hendaklah menjadi keutamaan,” katanya dalam satu kenyataan media, 8 Oktober.

Katanya, BN menyerahkan kepada kebijaksanaan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk memutuskan tempoh berkempen dan kesesuaian tarikh pengundian yang akan dilakukan kelak.

Dilaporkan, Dewan Rakyat Isnin lalu telah mengemukakan pemberitahuan kepada SPR berhubung kekosongan luar jangka kerusi Parlimen P. 185 Batu Sapi, Sabah berikutan kematian penyandangnya Liew Vui Keong dari Warisan.

Selaras dengan Perkara 54 Fasal (1) Perlembagaan Persekutuan, pihak SPR hendaklah mengisi kekosongan kerusi berkenaan dalam tempoh 60 hari dari tarikh dipastikan suruhanjaya itu bahawa ada kekosongan.

Related posts

Leave a Comment