421 kes, 25 maut di Saudi

ARAB Saudi merekodkan 421 kes baharu Covid-19 pada 18 Oktober menjadikan jumlah keseluruhan kes meningkat kepada 338,132.

Menurut Kementerian Kesihatan, sebanyak 25 kematian dilaporkan akibat komplikasi Covid-19 yang membawa jumlah kumulatif 4,972 kematian.

Sebanyak 561 kes sembuh dilaporkan dalam tempoh 24 jam dan setakat ini 323,769 pesakit telah sembuh atau 95.75 peratus daripada keseluruhan kes.

Kes aktif pula sebanyak 9,391 kes di mana 879 kritikal.

Sementara itu, Madinah merekodkan kes tertinggi iaitu 57 kes diikuti Yanbu 38, Makkah 36, Baljarshi 31 dan Riyadh 30.

lg.php.gif

Related posts

Leave a Comment