Lima kluster baharu

 

๐Ÿญ) ๐—ž๐—Ÿ๐—จ๐—ฆ๐—ง๐—˜๐—ฅ ๐—ง๐—จ๐—๐—จ๐—› ๐—ฆ๐—˜๐—ฅ๐—”๐—ก๐—š๐—ž๐—”๐—œ, ๐—ฆ๐—”๐—•๐—”๐—›

Kluster baharu ini telah dikenal pasti di daerah Tuaran, Sabah. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-11569) telah dikenal pasti positif COVID-19 hasil saringan bergejala pada 5 Oktober 2020 dan telah dimasukkan ke Hospital Queen Elizabeth. Saringan kontak rapat telah mengenalpasti 22 lagi kes positif COVID-19. Sehingga 8 Oktober 2020, 12 tengah hari, sejumlah 325 individu telah
disaring. Keputusan saringan adalah seperti berikut:
โ€ข 23 kes dikesan positif COVID-19; dan
โ€ข 302 individu masih menunggu keputusan.

๐Ÿฎ) ๐—ž๐—Ÿ๐—จ๐—ฆ๐—ง๐—˜๐—ฅ ๐—ง๐—”๐—ก๐—”๐— ๐—˜๐—ฅ๐—”, ๐—ฆ๐—”๐—•๐—”๐—›
Kluster baharu ini telah dikenal pasti di daerah Tawau, Sabah. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-12868) telah dikenal pasti positif COVID-19 hasil saringan bergejala pada 29 September 2020 dan telah dimasukkan ke Hospital Tawau. Saringan kontak rapat telah mengesan 8 lagi kes positif COVID-19. Sehingga 8 Oktober 2020, 12 tengah hari, sejumlah 13 individu telah disaring. Keputusan saringan adalah seperti berikut:
โ€ข 9 kes dikesan positif COVID-19;
โ€ข 1 individu negatif; dan
โ€ข 3 individu masih menunggu keputusan.

๐Ÿฏ) ๐—ž๐—Ÿ๐—จ๐—ฆ๐—ง๐—˜๐—ฅ ๐—๐—”๐—Ÿ๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—”๐—ก๐—ง๐—”๐—œ, ๐—ช๐—œ๐—Ÿ๐—”๐—ฌ๐—”๐—› ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—ฆ๐—˜๐—ž๐—จ๐—ง๐—จ๐—”๐—ก ๐—ž๐—จ๐—”๐—Ÿ๐—” ๐—Ÿ๐—จ๐— ๐—ฃ๐—จ๐—ฅ
Kluster baharu ini telah dikenal pasti di daerah Lembah Pantai, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke14265 dan kes ke-14266) telah dikesan positif COVID-19 pada 8 Oktober 2020 hasil saringan bergejala dan telah dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh. Saringan kontak rapat telah mengesan 6 lagi kes positif COVID-19. Sehingga 8 Oktober 2020, 12 tengah hari, sejumlah 15 individu telah disaring. Keputusan saringan adalah seperti berikut:
โ€ข 8 kes dikesan positif COVID-19; dan
โ€ข 7 individu masih menunggu keputusan.

๐Ÿฐ) ๐—ž๐—Ÿ๐—จ๐—ฆ๐—ง๐—˜๐—ฅ ๐—•๐—”๐—› ๐—”๐—ฅ๐—ก๐—”๐—•, ๐—ฆ๐—”๐—ฅ๐—”๐—ช๐—”๐—ž
Kluster baharu ini telah dikenal pasti di daerah Kuching, Sarawak. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-13488) dikenal pasti positif COVID19 pada 7 Oktober 2020 hasil saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi (Sabah) dan telah dimasukkan ke Hospital Umum Sarawak. Saringan kontak rapat telah mengesan 3 lagi kes positif COVID19.
Sehingga 8 Oktober 2020, 12 tengah hari, sejumlah 20 individu telah disaring. Keputusan saringan adalah seperti berikut:
โ€ข 4 kes dikesan positif COVID-19; dan
โ€ข 16 individu negatif.

๐Ÿฑ) ๐—ž๐—Ÿ๐—จ๐—ฆ๐—ง๐—˜๐—ฅ ๐—•๐—”๐—› ๐—•๐—”๐—ก๐—š๐—”๐—ง, ๐—ช๐—œ๐—Ÿ๐—”๐—ฌ๐—”๐—› ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—ฆ๐—˜๐—ž๐—จ๐—ง๐—จ๐—”๐—ก ๐—Ÿ๐—”๐—•๐—จ๐—”๐—ก
Kluster baharu ini telah dikenal pasti di Wilayah Persekutuan Labuan. Kes indeks kluster ini (iaitu kes ke-12377) telah dikesan positif COVID19 pada 3 Oktober 2020 hasil saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi (Sabah). Saringan kontak rapat telah mengesan 8 lagi kes positif COVID-19. Mereka telah dimasukkan ke Hospital Labuan untuk rawatan.
Sehingga 8 Oktober 2020, 12 tengah hari, sejumlah 45 individu telah disaring. Keputusan saringan adalah seperti berikut:
โ€ข 9 kes dikesan positif COVID-19;
โ€ข 32 individu negatif; dan
โ€ข 4 individu masih menunggu keputusan.
Punca jangkitan bagi semua kluster baharu masih dalam siasatan.

Related posts

Leave a Comment