Jangkitan global 36.7 juta

JUMLAH jangkitan global Covid-19 kini mencecah 36.7 juta dengan merekodkan lebih satu juta kematian sementara kes pesakit sembuh pula meningkat kepada 24.8 juta orang.

Data Johns Hopkins University setakat 12.30 tengah hari ini menunjukkan Amerika Syarikat (AS) masih mendahului jumlah kes jangkitan iaitu 7,499,134 manakala kematian pula 210,874.

India pula merekodkan 6,685,082 kes, Brazil 4,969,141 dan Rusia 1,231,277.

Lapan negara merekodkan lebih setengah juta kes iaitu Colombia 869,808, Peru 829,999, Sepanyol 825,410, Argentina 824,468, Mexico 794,608, Afrika Selatan 683,242, Perancis 675,736 dan United Kingdom (UK) 532,779.

Iran pula merekodkan 479,825 dan Chile 473,306.

Sembilan negara merekodkan lebih 300,000 kes iaitu Iraq 387,121, Bangladesh 371,631, Arab Saudi 337,243, Itali 330,263, Turki 327,557, Filipina 326,833, Pakistan 316,351, Indonesia 311,176 dan Jerman 307,127.

Israel pula mencatatkan 277,026 kes dan Ukraine 240,811. Sebanyak 16 negara lagi merekodkan lebih 100,000 kes didahului Kanada 173,756, Netherlands 150,413, Ecuador 142,056, Romania 139,612, Bolivia 137,468, Morocco 137,248 Morocco, Belgium 134,291, Qatar 126,943 dan Panama 116,602.

Republik Dominica mencatatkan 115,371, Kazakhstan 108,362, Kuwait 108,268, Poland104,316, Mesir 103,902, Oman 102,648 dan Emiriyah Arab Saudi 100,794.

Sementara itu, daripada 1,048,714 kematian keseluruhan, Brazil mencatatkan kedua tertinggi dengan 147,494 kematian diikuti India 103,569, Mexico  82,348, UK 42,535, Itali 36,030, Peru 32,834, Sepanyol 32,486 dan Perancis 32,383.

Iran pula merekodkan 27,419, Colombia 27,017, Argentina 21,827, Rusia 21,559, Afrika Selatan 17,103, Chile 13,070, Ecuador 11,702, Indonesia 11,374, Belgium 10,092, Kanada 9,582,  Jerman 9,550 dan Iraq 9,531.

Bagi kes pulih pula, daripada 24,893,719 pesakit sembuh, India mendahului dengan 5,662,490 kes, Brazil 4,430,340, AS 2,952,390, Rusia 984,767, Colombia 770,812, Peru 712,888, Mexico 676,923, Argentina 660,272.

Afrika Selatan merekodkan 616,857, Chile 445,418, Iran 394,800, Arab Saudi 322,612, Iraq 316,371, Pakistan 301,288, Turki 287,599, Bangladesh 284,833, Filipina 273,313, Jerman 267,747, Indonesia 236,437, Itali 234,099, Israel 211,397, Sepanyol 150,376.

Kanada 146,429, Qatar 123,893, Ecuador 120,511, Morocco 115,354, Romania 109,898, Ukraine 107,210, Kazakhstan 103,367, Perancis 101,443 dan Kuwait 100,179.

Related posts

Leave a Comment