Arab Saudi catat 468 kes

ARAB Saudi terus mencatatkan tiga angka dengan 468 kes positif Covid-19 berbanding 477 kes yang dilaporkan semalam, 6 Oktober. Menurut Kementerian Kesihatan, jumlah keseluruhan kes positif kini meningkat kepada 337,711 sementara kes aktif 9,556, di mana 913 kritikal. Sebanyak 24 kematian dicatatkan berbanding 25 semalam yang membawa jumlah keseluruhan 4,947. Jumlah pesakit sembuh yang direkodkan hari ini sebanyak 596 dan ini membawa peningkatan kes sembuh 323,208 atau hampir 96 peratus daripada keseluruhan. Sementara itu Madinah merekodkan kes tertinggi iaitu 71 kes diikuti Makkah 53, Yanbu 31, Hafouf 29, dan Riyadh…

Read More

PKPB Sandakan, Papar, Tuaran

PERINTAH Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di zon merah iaitu Sandakan, Papar, Tuaran di Sabah dan Klang di Selangor, bermula 9 Oktober ini susulan peningkatan kes Covid-19 di kawasan tersebut.  Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Ismail Sabri Yaakob berkata, pelaksanaan ini diambil bagi membendung jangkitan dan penularan Covid-19 dalam daerah tersebut, serta membolehkan aktiviti pengesanan kes secara bersasar dilaksanakan sepanjang tempoh 14 hari. Pergerakan keluar masuk di keempat-empat kawasan PKPB ini adalah tidak dibenarkan. Hanya perkhidmatan perlu, termasuk kilang-kilang dan rantaian yang berkaitan dalam perkhidmatan perlu adalah dibenarkan. Sementara itu SABAH mencatatkan 282 kes Covid-19 hari…

Read More

Dua lagi kluster baharu

𝟭) 𝗞𝗟𝗨𝗦𝗧𝗘𝗥 𝗕𝗔𝗛 𝗣𝗨𝗖𝗛𝗢𝗡𝗚 Kluster baharu ini dikenal pasti di Selangor iaitu di daerah Petaling dan di Perak iaitu di daerah Larut, Matang dan Selama serta daerah Kinta. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-13061, kes ke-13065 dan kes ke-13069) dikenal pasti positif Covid-19 pada 5 Oktober 2020 hasil  saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi (Sabah). Ketiga-tiga mereka telah dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh. Susulan itu, saringan kontak rapat telah dijalankan dan dua lagi kes positif Covid-19 di Perak iaitu di daerah Larut, Matang dan Selama serta daerah Kinta…

Read More

10 kluster aktif tambah kes

PUTRAJAYA: Sebanyak 10 kluster aktif Covid-19 mencatatkan pertambahan kes hari ini, 7 Oktober termasuk dua kluster baharu iaitu Kluster Bah Puchong dan Kluster Penjara Reman. Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata Kluster Tembok kekal mencatatkan pertambahan kes tertinggi dengan 139 kes baharu. Selain daripada tiga kluster itu, kluster lain yang mencatatkan pertambahan kes termasuk Kluster Bah Sintok (14 kes); Kluster Jalan Meru (empat kes); Kluster Laut (dua kes); Kluster Benteng PK (dua kes); Kluster Selasih (dua kes); serta Kluster Bah Tanjung dan Kluster Embun masing-masing catat satu kes baharu.

Read More

Turun kepada 489 kes

KES baharu Covid-19 masih tiga angka walaupun jumlah yang direkodkan hari ini, 7 Oktober turun kepada 489 berbanding 691 kes pada Selasa 6 Oktober. Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah itu, 487 merupakan penularan tempatan dan dua lagi merupakan kes import. Dalam satu kenyataan, beliau berkata, daripada 487 kes penularan tempatan, 467 kes melibatkan warganegara dan 20 kes lagi bukan warganegara manakala kes import melibatkan satu warganegara dan satu bukan warganegara yang mengembara dari India dan Kepulauan Maldives,” katanya dalam satu kenyataan. Dengan perkembangan itu, jumlah kes positif keseluruhan kini adalah 13,993 kes dengan jumlah…

Read More

SOP: Kompaun serta merta

KOMPAUN serta merta jika langgar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP). Menteri Kanan Pertahanan, Ismail Sabri Yaakob berkata kompaun berkenaan boleh dikeluarkan oleh oleh pegawai berpangkat Inspektor ke atas. Katanya, Jabatan Peguam Negara membenarkan Polis Diraja Malaysia mengeluarkan kompaun serta-merta di lapangan kepada individu yang terlibat. “Jika sebelum ini, individu yang melanggar SOP ditahan dan dibawa ke balai polis untuk dikeluarkan kompaun, jadi mulai hari ini, kompaun akan dikeluarkan di lapangan di tempat kejadian berlaku. “Jika berlaku di sekatan jalan raya, maka di situlah kompaun boleh dikeluarkan,”…

Read More

Siapa Raja Laut?

(Petikan dari FB Selangor Royal Office) Tahukah anda, Raja Laut yang namanya diabadikan di sebatang jalan di Kuala Lumpur sebenarnya adalah seorang pembesar di Negeri Selangor. Raja Laut dilahirkan pada tahun 1850 dan merupakan putera kedua Sultan Selangor ke-3, Almarhum Sultan Muhammad Shah Ibni Almarhum Sultan Ibrahim Shah, dan juga anak saudara kepada Sultan Selangor ke-4, Sultan Abdul Samad Ibni Almarhum Tengku Abdullah. Almarhum mendapat nama gelaran ‘Laut’ kerana dikatakan dilahirkan ketika bondanya berada di perairan sekitar Lukut. Almarhum tersohor sebagai ketua masyarakat Melayu di Kuala Lumpur pada tahun 1880…

Read More

Jangkitan global 36.7 juta

JUMLAH jangkitan global Covid-19 kini mencecah 36.7 juta dengan merekodkan lebih satu juta kematian sementara kes pesakit sembuh pula meningkat kepada 24.8 juta orang. Data Johns Hopkins University setakat 12.30 tengah hari ini menunjukkan Amerika Syarikat (AS) masih mendahului jumlah kes jangkitan iaitu 7,499,134 manakala kematian pula 210,874. India pula merekodkan 6,685,082 kes, Brazil 4,969,141 dan Rusia 1,231,277. Lapan negara merekodkan lebih setengah juta kes iaitu Colombia 869,808, Peru 829,999, Sepanyol 825,410, Argentina 824,468, Mexico 794,608, Afrika Selatan 683,242, Perancis 675,736 dan United Kingdom (UK) 532,779. Iran pula merekodkan 479,825 dan Chile…

Read More

Padam maklumat tidak tepat

MEDIA sosial bukan tempat untuk ‘meluahkan’ apa sahaja kritikan atau pandangan tanpa mengambil kira isi kandungannya yang tidak tepat serta boleh mengelirukan orang awam. Tanpa mengira kedudukan atau pangkat seseorang yang menghantar mesej berkenaan, sesuatu yang ‘terbabas’ atau tidak tepat perlu ‘dipadamkan’. Ini terbukti apabila laman sosial Facebook bertindak memadam hantaran dibuat Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump yang mendakwa wabak Covid-19 kurang berbahaya berbanding selesema. Selain Facebook, ciapan Trump di Twitter juga ‘disembunyikan’ di sebalik satu amaran kerana dianggap “menyebarkan maklumat mengelirukan dan berpotensi merbahaya” berkaitan Covid-19. “Musim selesema…

Read More

Penjara catat 1,126 kes

MASYARAKAT di luar penjara diminta bertenang kerana penularan Covid-19 dalam kalangan banduan adalah dalam kawasan larangan yang tertutup dan dikawal ketat, kata Ketua Pengarah Penjara, Zulkifli Omar. Beliau meminta orang awam memberikan keyakinan penuh terhadap langkah-langkah segera yang diambil pihaknya di bawah kawal selia ketat daripada pihak Kementerian Kesihatan dan agensi-agensi penguatkuasaan yang lain. Semalam, 6 Oktober, daripada 688 kes penularan dalam negara, sebanyak 394 kes dikesan daripada Kluster Tembok iaitu di Penjara Alor Setar. Menurut Zulkifli, setakat ini 1,126 kes aktif Covid-19 melibatkan banduan dan kakitangan penjara dicatatkan di seluruh…

Read More