Arab Saudi catat 468 kes

ARAB Saudi terus mencatatkan tiga angka dengan 468 kes positif Covid-19 berbanding 477 kes yang dilaporkan semalam, 6 Oktober.

Menurut Kementerian Kesihatan, jumlah keseluruhan kes positif kini meningkat kepada 337,711 sementara kes aktif 9,556, di mana 913 kritikal.

Sebanyak 24 kematian dicatatkan berbanding 25 semalam yang membawa jumlah keseluruhan 4,947.

Jumlah pesakit sembuh yang direkodkan hari ini sebanyak 596 dan ini membawa peningkatan kes sembuh 323,208 atau hampir 96 peratus daripada keseluruhan.

Sementara itu Madinah merekodkan kes tertinggi iaitu 71 kes diikuti Makkah 53, Yanbu 31, Hafouf 29, dan Riyadh 25.

Related posts

Leave a Comment