Kes di Indonesia 315,714

INDONESIA pada 7 Oktober mencatatkan 4,538 kes positif baharu dalam tempoh 24 jam, menjadikan kes keseluruhan di republik itu meningkat kepada 315,714 kes.

Sebanyak 142,213 lagi pesakit masih dalam pemantauan virus berkenaan.

Bagi tempoh 12 tengah hari semalam (6 Oktober) sehingga 12 tengah hari ini , sebanyak 98 lagi kematian berlaku, menjadikan jumlah kumulatif kini 11,472 orang.

Jawa Timur mencatatkan jumlah kematian keseluruhan tertinggi iaitu 3,350 orang, diikuti Jakarta (1,817), Jawa Tengah (1,462) dan selebihnya di wilayah-wilayah lain di Indonesia.

Kes sembuh pula merekodkan 3,854 menjadikan jumlah kumulatif sembuh 240,291 kes.

Sementara itu, demonstrasi besar-besaran yang dijangka berlaku di ibu kota Jakarta esok, 8 Oktober bagi membantah undang-undang berkaitan tenaga kerja, dikhuatiri memburukkan lagi penularan Covid-19 di Jakarta dan Indonesia.

Jakarta setakat ini mencatatkan kes positif keseluruhan tertinggi di republik itu iaitu 82,190 kes, tambahan 1,211 kes baharu dalam tempoh 24 jam, dan secara puratanya mencatatkan kes baharu harian sekitar 1,000 kes setiap hari, sejak akhir Ogos lepas.

Demonstrasi besar-besaran mahasiswa dan pekerja itu, dijadualkan berlangsung di depan Istana Negara, Jakarta, bagi membantah Undang-undang Omnibus Law Ciptaker yang diluluskan Parlimen Indonesia pada Isnin lepas.

Related posts

Leave a Comment