JIKA Malaysia mencatatkan kes harian Covid-19 tertinggi pada hari ini, Isnin, 5 Oktober, Arab Saudi pula merekodkan jumlah jangkitan harian yang terendah sejak April lalu iaitu 379 kes. Menurut Kementerian Kesihatan, ini menjadikan jumlah keseluruhan kes 336,766 dengan kes aktif 1,000 dan 938 kritikal. Jumlah kematian harian juga rendah iaitu 23 kes menjadikan jumlah keseluruhan kematian 4,898.. Kementerian juga memaklumkan, sebanyak 570 kes sembuh yang menjadikan jumlah pulih sebnayak 322,055 atau 95.63 peratus. Mengenai kes baharu, Madinah merekodkan kes tertinggi iaitu 82, diikuti Hafouf 31, Yanbu dan Makkah masing-masing 25, Riyadh 24…
Read MoreDay: October 5, 2020
Thailand rekod 5 kes import
THAILAND merekodkan lima kes baharu koronavirus Covid-19, semuanya import yang melibatkan seorang warganegara Thailand dan empat warga asing yang tiba dari India, Bahrain, Malaysia dan Jepun. Menurut Pusat Pentadbiran Situasi Covid-19 (CCSA), wanita tempatan itu tiba dari Jepun pada 30 September dan diuji positif pada Ahad, 4 Oktober. Dua lelaki warga India pula tiba pada 25 dan 30 September dan diuji positif pada Ahad manakala seorang lelaki dari Bahrain didapati positif pada Sabtu selepas tiba pada 27 September lalu. Seorang lagi, lelaki tiba dari Malaysia didapati positif pada Sabtu. Dia…
Read MoreADUN DAP positif Covid-19
AHLI Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kampung Tunku, Lim Yi Wei pada Isnin, 5 Oktober mengesahkan beliau positif Covid-19. Yi Wei yang melakukan kuarantin kendiri di rumah selepas kembali dari Sabah pada 27 September lepas, berkata hasil ujian saringan Covid-19 kedua diperoleh hari ini mendapati beliau positif. Beliau sebelum itu menjalani saringan pertama di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2) dan dipakaikan gelang merah jambu. “Pada 30 September, saya menghubungi Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Petaling Jaya untuk mengetahui keputusan saya. “Keputusan ujian saringan pertama saya adalah negatif dan saya dipanggil…
Read MoreTiga kluster baharu
TIGA 𝗞𝗟𝗨𝗦𝗧𝗘𝗥 𝗕𝗔𝗛𝗔𝗥𝗨 𝗞𝗟𝗨𝗦𝗧𝗘𝗥 𝗕𝗔𝗛 𝗦𝗜𝗡𝗧𝗢𝗞, 𝗞𝗘𝗗𝗔𝗛 Kluster baharu ini telah dikenal pasti di Kubang Pasu, Kedah. Kes indeks kluster ini (iaitu kes ke-12072) adalah seorang lelaki warganegara Malaysia berumur 23 tahun yang baru pulang dari Sabah pada 20 September 2020. Kes mempunyai gejala demam, selesema dan sakit kepala sejak 22 September 2020. Saringan Covid-19 dikesan positif pada 2 Oktober 2020 dan dimasukkan ke Hospital Sultanah Bahiyah, Kedah. Susulan itu, saringan kontak rapat telah dijalankan dan 11 lagi kes positif Covid-19 dikenal pasti. Kesemua kes yang dikesan positif merupakan warganegara…
Read MorePM jalani kuarantin kendiri
PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin akan menjalani kuarantin kendiri di kediaman beliau selama 14 hari mengikut nasihat Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Dalam satu kenyataan hari ini, beliau berkata, keputusan itu diambil susulan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri disahkan positif Covid-19 hari ini. Muhyiddin berkata, beliau telah mempengerusikan Mesyuarat Khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) di Putrajaya pada 3 Oktober lalu dan Dr Zulkifli merupakan salah seorang yang menghadiri sesi berkenaan. “Berdasarkan penilaian risiko yang dilakukan oleh KKM, mereka yang dikenal pasti kontak rapat semasa…
Read MoreJumlah kes tertinggi
MALAYSIA mencatatkan kes positif Covid-19 baharu tertinggi setakat ini dengan 432 kes di mana , 429 kes adalah penularan dalam negara yang melibatkan 409 warga tempatan dan 20 rakyat asing. Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada 429 kes penularan tempatan itu, 224 kes adalah merupakan kes yang dikesan daripada Kluster Tembok iaitu di penjara di Kedah sementara 29 kes lagi pula melibatkan pengunjung yang pulang dari Sabah. “Ini sekaligus menjadikan jumlah kes dilaporkan mempunyai sejarah perjalanan ke Sabah sejak 20 September lalu sebanyak 235 kes,” katanya dalam…
Read MoreMenteri positif Covid-19
MENTERI di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri menjadi pemimpin negara terbaharu yang disahkan positif pandemik Covid-19. Dalam kenyataan yang dimuat naik di Facebook peribadinya, Dr Zulkifli berkata, beliau kini menjalani rawatan. “Kepada semua rakyat Malaysia, saya kini menjalani rawatan kerana disahkan positif Covid-19 oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. “Alhamdulillah, sehingga saat ini keadaan kesihatan saya adalah baik. “Saya menyeru orang ramai yang menghadiri majlis yang melibatkan kehadiran saya dari 24 September hingga 4 Oktober agar menjalani pemeriksaan saringan Covid-19 di mana-mana klinik kesihatan dengan segera. “Saya…
Read MorePKPB di Kota Kinabalu, Penampang, Putatan
MESYUARAT Khas Menteri-Menteri hari ini, 5 Oktober bersetuju melaksanakan arahan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Kota Kinabalu, Penampang dan Putatan di Sabah berkuatkuasa jam 12.01 tengah malam 7 Oktober. Menteri Kanan Pertahanan, Ismail Sabri Yaakob berkata, pergerakan keluar masuk di ketiga-tiga kawasan PKPB ini adalah tidak dibenarkan. Hanya Perkhidmatan Perlu (Essential Service) termasuk kilang-kilang dan rantaian yang berkaitan dalam perkhidmatan perlu adalah dibenarkan. “Pihak Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri Malaysia (MITI) akan menyenaraikan jenis perkhidmatan perlu yang terlibat di kawasan tersebut,” katanya dalam kenyataan selepas pembentangan situasi semasa…
Read MoreCovid-19: 2 masjid disanitasi
9DUA buah masjid iaitu di Nilai, Negeri Sembilan dan Bandar Seri Putra, Kajang disanitasi oleh pihak berkuasa berikutan kehadiran jemaah yang disyaki pesakit Covid-19 atau pemakai gelang merah jambu yang perlu dikuarantin di rumah. Masjid Dato’ Klana Petra, Undang Luak Sungei Ujong, Putra Nilai dalam satu pengumuman memaklumkan, pesakit berkenaan hadir ke masjid pada 4 Oktober. Berikutan itu, masjid itu ditutup untuk solat Zuhur dan Asar hari ini (5 Oktober) bagi membolehkan kerja-kerja nyahkuman atau sanitasi dilakukan oleh pihak Majlis Bandaraya Seremban dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia. Pihak Kementerian…
Read MoreGeng ‘gelang’ jangan jadi ‘nila’ atau ‘kerbau’
SEMALAM, saya menulis mengenai kepatuhan jemaah masjid dan surau lebih baik berbanding mereka yang hadir di tempat awam seperti restoran, pasar atau pusat membeli-belah. Mereka faham prosedur operasi standard (SOP) masjid dan surau. Malangnya ada juga individu yang sama ada dengan sengaja atau tidak, hanya memahami SOP itu sekadar berwuduk di rumah, bawa sejadah, ambil bacaan suhu, daftar kehadiran dan jaga jarak fizikal dalam saf. Tahap kesihatan diri sendiri dilupakan. Akibatnya, kunjungan mereka ke masjid menyebabkan masyarakat panik. Hari ini ada Masjid Bandar Seri Putra disanitasi atau nyahkuman. Lebih mendukacitakan…
Read More