Kes harian terendah di Saudi

JIKA Malaysia mencatatkan kes harian Covid-19 tertinggi pada hari ini, Isnin, 5 Oktober, Arab Saudi pula merekodkan jumlah jangkitan harian yang terendah sejak April lalu iaitu 379 kes.

Menurut Kementerian Kesihatan, ini menjadikan jumlah keseluruhan kes 336,766 dengan kes aktif 1,000 dan 938 kritikal.

Jumlah kematian harian juga rendah iaitu 23 kes menjadikan jumlah keseluruhan kematian 4,898..

Kementerian juga memaklumkan, sebanyak 570 kes sembuh yang menjadikan jumlah pulih sebnayak 322,055 atau 95.63 peratus.

Mengenai kes baharu, Madinah merekodkan kes tertinggi iaitu 82, diikuti Hafouf 31, Yanbu dan Makkah masing-masing 25, Riyadh 24 dan Dammam 23.

Related posts

Leave a Comment