Tiga kluster baharu

TIGA π—žπ—Ÿπ—¨π—¦π—§π—˜π—₯ 𝗕𝗔𝗛𝗔π—₯𝗨

π—žπ—Ÿπ—¨π—¦π—§π—˜π—₯ 𝗕𝗔𝗛 π—¦π—œπ—‘π—§π—’π—ž, π—žπ—˜π——π—”π—›

Kluster baharu ini telah dikenal pasti di Kubang Pasu, Kedah. Kes indeks kluster ini (iaitu kes ke-12072) adalah seorang lelaki warganegara Malaysia berumur 23 tahun yang baru pulang dari Sabah pada 20 September 2020. Kes mempunyai gejala demam, selesema dan sakit kepala sejak 22 September 2020. Saringan Covid-19 dikesan positif pada 2 Oktober 2020 dan dimasukkan ke Hospital Sultanah Bahiyah, Kedah. Susulan itu, saringan kontak rapat telah dijalankan dan 11 lagi kes positif Covid-19 dikenal pasti. Kesemua kes yang dikesan positif merupakan warganegara Malaysia dan telah dimasukkan ke Hospital Sultanah Bahiyah, Kedah.

Sehingga 5 Oktober 2020, 12 tengah hari, sejumlah 165 individu telah disaring. Keputusan saringan adalah seperti berikut:

β€’ 12 dikesan positif Covid-19;

β€’ 61 individu dikesan negatif; dan

β€’ 92 individu masih menunggu keputusan. Punca jangkitan masih dalam siasatan.

π—žπ—Ÿπ—¨π—¦π—§π—˜π—₯ π—π—˜π—₯𝗔𝗠, π—žπ—˜π——π—”π—›

Kluster baharu ini telah dikenal pasti di Kubang Pasu, Kedah. Kes indeks kluster ini (iaitu kes ke-11211) adalah seorang pesakit perempuan warganegara Malaysia berumur 31 tahun. Kes bergejala batuk dan sakit kepala sejak 25 September 2020 dan telah mendapatkan rawatan di Klinik Kesihatan Tunjang pada 28 September 2020 di mana saringan Covid-19 dijalankan. Kes dikesan positif pada 29 September 2020 dan telah dimasukkan ke Hospital Sultanah Bahiyah, Kedah. Susulan itu, saringan kontak rapat telah dijalankan dan tiga lagi kes positif Covid-19 dikenal pasti. Ketiga-tiga kesΒ  positif ini melibatkan petugas kesihatan. Mereka juga telah dimasukkan ke Hospital Sultanah Bahiyah, Kedah untuk rawatan. Sehingga 5 Oktober 2020, 12 tengah hari, sejumlah 65 individu telah disaring. Keputusan saringan adalah seperti berikut:

β€’ 4 dikesan positif COVID-19;

β€’ 50 individu dikesan negatif; dan

β€’ 11 individu masih menunggu keputusan.

Proses pembersihan dan nyah kuman di fasiliti kesihatan yang berkaitan telah dijalankan oleh Pejabat Kesihatan Daerah Kubang Pasu, Kedah. Punca jangkitan masih dalam siasatan.

π—žπ—Ÿπ—¨π—¦π—§π—˜π—₯ 𝗕𝗔𝗛 π—§π—”π—‘π—π—¨π—‘π—š, π—§π—˜π—₯π—˜π—‘π—šπ—šπ—”π—‘π—¨

Kluster baharu ini telah dikenal pasti di Kuala Nerus, Terengganu. Kes indeks kluster ini (iaitu kes ke-11477) adalah seorang lelaki warganegara Malaysia berumur 46 tahun. Kes mempunyai sejarah perjalanan ke Semporna, Sabah dari 10 sehingga 27 September 2020. Kes bergejala sakit tekak dan demam sejak 28 September 2020. Kes dikesan positif Covid-19 pada 30 September 2020 dan telah dimasukkan ke Hospital Hulu Terengganu, Kuala Berang.

Susulan itu, saringan kontak rapat telah dijalankan dan 6 lagi kes positif Covid-19 dikenal pasti. Semua kes positif ini melibatkan warganegara Malaysia. Mereka juga telah dimasukkan ke Hospital Hulu Terengganu, Kuala Berang untuk rawatan. Sehingga 5 Oktober 2020, 12 tengah hari, sejumlah 245 individu telah disaring.

Keputusan saringan adalah seperti berikut:

β€’ 7 dikesan positif Covid-19;

β€’ 113 individu dikesan negatif; dan

β€’ 125 individu masih menunggu keputusan. Punca jangkitan masih dalam siasatan.

Jumlah kes tertinggi hari ini adalah dari Kluster Tembok iaitu sebanyak 224 kes. Jumlah ini adalah lebih daripada separuh jumlah keseluruhan kes positif (432) di mana melibatkan 215 warganegara dan 9 bukan warganegara. Mereka terasing daripada orang ramai, oleh itu risiko jangkitan amat rendah dan terkawal.

Related posts

Leave a Comment