29 kematian di Arab Saudi

JUMLAH kes harian Covid-19 di Arab Saudi kekal di bawah 500 apabila Kementerian Kesihatan (MoH) melaporkan kes jangkitan hari ini adalah 481. Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes 335,578. Kementerian juga memaklumkan 29 lagi kematian akibat Covid-19;yang menjadikan jumlah keseluruhan yang meninggal dunia 4,823 orang. Kes aktif pula adalah 10,407 di mana 970 pesakit kritikal. Jumlah pesakit yang sembuh sepenuhnya menunjukkan peningkatan apabila 602 lagi dilaporkan sembuh dan ini menjadikan jumlah keseluruhan pulih 320,348 atau 95.46 peratus. Sementara itu, Jeddah merekodkan angka tertinggi dengan 40 kes diikuti Madinah 37, Hail 31, Riyadh…

Read More

Sultan bimbang kes mendadak

SULTAN Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj menzahirkan kebimbangan dengan peningkatan mendadak kes-kes baharu Covid-19 di seluruh negara khususnya di Negeri Selangor. Khuatir rakyat jelata semakin leka dan alpa, Baginda dalam satu kenyataan sekali lagi menyeru agar rakyat terus waspada dan tidak mengambil mudah kesemua amalan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang telah ditetapkan oleh kerajaan. Ini termasuk mengekalkan jarak fizikal sekurang-kurangnya 1 meter apabila berada di tempat awam, sentiasa memakai pelitup muka apabila keluar dari rumah serta menggunakan hand-sanitizer dan menjaga kebersihan diri. Baginda menggesa kepada mana-mana individu yang mempunyai…

Read More

Tangguh perhimpunan besar

PUTRAJAYA : Tangguh sebarang bentuk perhimpunan atau persidangan berskala besar berikutan peningkatan kes Covid-19. Itu harapan Ketua Pengarah Kesihatan  Dr Noor Hisham Abdullah supaya semua pihak mengelak perhimpunan berskala besar bagi memastikan rantaian Covid-19 di negara ini dapat diputuskan. Sekiranya perhimpunan atau persidangan perlu diadakan, penganjur perlu memastikan prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan dipatuhi oleh semua. “Kita masih dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) dan semua orang perlu mematuhi SOP yang telah ditetapkan Majlis Keselamatan Negara,” katanya pada sidang media di sini hari ini, Jumaat, 2 Oktober. Dr Noor Hisham…

Read More

Menghadapi gelombang ketiga

PUTRAJAYA: Situasi di Sabah adalah contoh terbaik untuk menunjukkan kesan apabila tidak berjaga-jaga dan gagal mematuhi  prosedur operasi standard (SOP), sehingga kes Covid-19 naik mendadak. Ia perlu dijadikan pengajaran oleh semua pihak jika tidak mahu kes Covid-19 terus mencatatkan angka membimbangkan pada masa hadapan. Dalam hal ini, Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah menegaskan, Malaysia masih belum betul-betul menang dalam pertempuran dengan virus itu meskipun sudah berjaya menanganinya dengan baik sebelum ini. “Kita faham anda mungkin rasa penat tetapi virus itu tak pernah penat. Pada saat kita kurang berjaga-jaga,…

Read More

Dua lagi kluster baharu

PUTRAJAYA : Dua kluster baharu – Kluster Seri Setia dan Kluster Seri Anggerik di Selangor dikesan dengan kes indeks bagi kedua-dua kluster ini terdiri daripada lelaki warga tempatan yang mempunyai sejarah perjalanan ke negeri berisiko tinggi iaitu Sabah. Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata kluster baharu dikenal pasti di Seri Setia, Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Kes indeks kluster ini (kes ke-10,927) adalah seorang lelaki warga Malaysia berumur 36 tahun yang mempunyai sejarah perjalanan ke Semporna, Sabah dari 16 hingga 20 September .  Beliau bergejala sejak 21 September dan saringan…

Read More

287 kes, angka tertinggi

PUTRAJAYA : Angka 287 adalah jumlah kes harian tertinggi direkodkan sejak pandemik Covid-19 mula dikesan di negara ini. Dengan perkembangan ini, jumlah kes terkumpul setakat ini sebanyak 11,771 dengan kes aktif 1,540. Untuk rekod, jumlah tertinggi sebelum ini, 200 kes adalah pada 23 Mac (212), 26 Mac (235), 2 April (208), 3 April (217), 4 Jun (277) dan 1 Oktober 260 kes. Merujuk kes hari ini, Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata kesemua kes itu adalah penularan tempatan. “Trend peningkatan inilah yang Kementerian Kesihatan  (KKM) khuatiri dan diperingatkan hampir setiap…

Read More

34 juta kes, 23 juta sembuh

JUMLAH kes positif Covid-19 di seluruh dunia kini mencecah 34 juta dengan kematian lebih satu juta orang sementara lebih 23 juta pesakit dilaporkan sembuh. Sebelas negara merekodkan lebih setengah juta kes dan Amerika Syarikat (AS) mendahului dengan 7,276,938 kes daripada 34,157,176 kes yang dicatatkan setakat 9.30 pagi ini. India di kedudukan kedua dengan 6,312,584, Brazil 4,810,935, Rusia 1,179,634, Colombia 835,339, Peru 814,829, Sepanyol 778,607, Argentina 765,002, Mexico 743,216, Afrika Selatan 676,084 dan Perancis 616,986. Chile merekodkan 464,750 kes, United Kingdom 462,774, Iran 461,044, Iraq 367,474, Bangladesh 364,987, Arab Saudi 335,097, Turki…

Read More