Dua lagi kluster baharu

PUTRAJAYA : Dua kluster baharu – Kluster Seri Setia dan Kluster Seri Anggerik di Selangor dikesan dengan kes indeks bagi kedua-dua kluster ini terdiri daripada lelaki warga tempatan yang mempunyai sejarah perjalanan ke negeri berisiko tinggi iaitu Sabah.

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata kluster baharu dikenal pasti di Seri Setia, Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Kes indeks kluster ini (kes ke-10,927) adalah seorang lelaki warga Malaysia berumur 36 tahun yang mempunyai sejarah perjalanan ke Semporna, Sabah dari 16 hingga 20 September . 

Beliau bergejala sejak 21 September dan saringan Covid-19 dikesan positif pada 27 September . Kes kemudiannya telah dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh.

Susulan itu, saringan kontak rapat telah dijalankan dan tiga lagi kes positif bagi kluster ini dikenal pasti.

Dr Noor Hisham berkata, semua kes positif kluster itu melibatkan warga tempatan dan mereka turut dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh untuk rawatan.

Sehingga pukul 12 tengah hari ini, sejumlah 23 individu disaring bagi kluster itu dan keputusan saringan mendapati empat daripadanya positif, manakala 14 individu dikesan negatif serta lima individu masih menunggu keputusan.

Sementara itu, bagi Kluster Seri Anggerik yang dikenal pasti di Hulu Selangor, Selangor, kes indeks kluster (kes ke-10,776) merupakan seorang lelaki tempatan berumur 37 tahun dan mempunyai sejarah perjalanan ke Sabah dari 9 hingga 18 September .

Beliau mula bergejala sejak 25 September dan telah disaring. Setelah dikesan positif pada 26 Sept, beliau dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh. Susulan itu, saringan kontak rapat telah dijalankan dan 14 lagi kes positif Covid-19 bagi Kluster Seri Anggerik dikenal pasti. Semua kes positif melibatkan warganegara Malaysia.

Mereka juga telah dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh untuk rawatan.

Related posts

Leave a Comment