22 kes baharu di Thailand

INDONESIA mencatatkan 3,509 jangkitan baharu Covid-19 dalam tempoh 24 jam, menjadikan jumlah kes keseluruhan kini 278,722 kes. Data Badan Nasional Pengurusan Bencana Indonesia, seramai 131,361 lagi pesakit masih dalam pemantauan virus berkenaan. Bagi tempoh 12 tengah hari semalam sehingga 12 tengah hari ini 28 September, sebanyak 87 lagi meninggal dunia menjadikan jumlah kematian kumulatif 10,473. Jakarta masih mencatatkan kes positif keseluruhan tertinggi iaitu 71,339 kes, dengan tambahan 898 kes baharu. Jawa Timur mencatatkan jumlah kematian keseluruhan tertinggi iaitu 3,138 orang, diikuti Jakarta (1,695), Jawa Tengah (1,397) dan selebihnya di wilayah lain.…

Read More

455 kes baharu di Arab Saudi

ARAB Saudi merekodkan 455 kes baharu Covid-19 menjadikan jumlah kumulatif meningkat kepada 333,648 kes. Menurut Kementerian Kesihatan (MoH), sebanyak 29 lagi pesakit meninggal dunia akibat pandemik Covid-19 yang membawa jumlah keseluruhan kematian 4,712. Sebanyak 841 pesakit yang dijangkiti dilaporkan sembuh yang menjadikan jumlah kes pulih 317, 846 atau 95.26 peratus daripada keseluruhan kes. Kes aktif pula menunjukkan penurunan kepada 11,090 di mana daripada jumlah itu, 1,034 adalah kritikal. Sementara itu, Jeddah merekodkan kes harian tertinggi dengan 52 kes, diikuti Madinah 48, Makkah 35, Riyadh 33: Hufof 32, dan Damman 24.

Read More

Kluster baharu Jalan Apas

KEMENTERIAN Kesihatan (KKM) mengesan satu lagi kluster baharu di Selangor yang dikenali sebagai Kluster Jalan Apas. Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah, kes membabitkan pasangan suami isteri warganegara Malaysia yang mempunyai sejarah perjalanan ke Tawau dan Semporna, Sabah. Kes indeks bagi kluster mempunyai sejarah perjalanan Sabah dari 13 hingga 16 September lalu. “PKedua-dua kes indeks mula bergejala demam, batuk dan selesema pada 18 September dan kemudian mendapatkan rawatan di pusat perubatan pada 19 September. Mereka kemudian dirujuk ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang pada 24 September sebelum didapati…

Read More

BN hormati UMNO Sabah

BARISAN Nasional (BN) menghormati autonomi UMNO Sabah, yang dipersetujui bersama dengan parti komponen dalam Gabungan Rakyat Sabah (GRS), untuk mencalonkan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Sabah Hajiji Noor, sebagai Ketua Menteri Sabah ke-16. Pengerusi BN, Ahmad Zahid Hamidi berkata, beliau dimaklumkan oleh Pengerusi UMNO Sabah Bung Moktar Radin bahawa keputusan itu dibuat, demi memastikan kepentingan rakyat Sabah dapat segera diperjuangkan. “Saya hormati keputusan tersebut atas dasar semangat autonomi UMNO Sabah, yang telah pun dipersetujui bersama,” katanya dalam kenyataan hari ini. Ahmad Zahid berharap semoga kerajaan negeri Sabah yang baharu itu, dapat segera memberi tumpuan kepada pelbagai agenda bagi membela…

Read More

Turun tapi kekal tiga angka

PUTRAJAYA: Masih tiga angka walaupun jumlah kes baharu Covid-19 hari ini kurang sedikit iaitu 115 kes berbanding 150 semalam. Ketua Pengarah Kesihatan,  Dr Noor Hisham Abdullah, berkata sehubungan itu jumlah kumulatif kes dalam negara kini meningkat kepada 11,034 kes. Daripada jumlah kes yang dilaporkan, 112 merupakan kes tempatan dan tiga lagi kes import di mana 11 daripada kes tempatan mempunyai sejarah perjalanan ke Sabah. Katanya, jumlah kes aktif kembali meningkat kepada 1,011 kes. Kali terakhir Malaysia mencatatkan jumlah kes aktif melebihi 1,000 adalah pada 13 Jun lalu dengan 1,014 kes.…

Read More

PKPDB 4 daerah Sabah

PUTRAJAYA: Dua hari selepas berakhirnya Pilihan Raya Negeri (PRN), empat daerah di Sabah iaitu Lahad Datu, Tawau, Kunak dan Semporna dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan Bersasar (PKPDB) secara pentadbiran berkuat kuasa 12.01 tengah malam ini (29 September ) sehingga 12 Oktober depan. Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Ismail Sabri Yaakob berkata PKPDB yang melibatkan 962,661 penduduk itu dilaksanakan bagi membendung jangkitan dan penularan Covid-19 di empat daerah itu serta membolehkan aktiviti pengesanan kes secara bersasar dilaksanakan sepanjang tempoh 14 hari. “Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mengesahkan terdapat 1,195 kes positif jangkitan Covid-19 di daerah Lahad Datu, Tawau, Kunak dan Semporna…

Read More

Politik kompromi bukan buli

“KAMI telah bersetuju sebulat suara bahawa mereka telah menamakan saya sebagai Ketua Menteri (KM) Sabah,” begitulah pengumuman Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Sabah, Hajiji Noor hari ini sekaligus menamatkan teka teki siapakah Ketua Menteri (KM) selepas Gabungan Rakyat Sabah (GRS) memenangi pilihan raya Negeri (PRN) Sabtu lalu. Hajiji, Ahli Dewan undangan negeri (ADUN) Sulaman yang juga Ketua Badan Pimpinan Parti Pribumi Bersatu (Bersatu) Sabah,  akan mengangkat sumpah jawatan pada pukul 10.30 pagi esok, 29 September. Pengumuman itu sekurang-kurangnya menamatkan satu episod perjalanan ke Istana Sabah kerana mengenali politik Sabah, pelbagai kemungkinan…

Read More

Hajiji Ketua Menteri Sabah

SELEPAS UMNO dan Bersatu berteka teki akhirnya Gabungan Rakyat Sabah (GRS) sebulat suara menamakan Hajiji Noor sebagai Ketua Menteri Sabah. Hajiji yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sulaman itu mengesahkan akan mengangkat sumpah pada majlis di Istana Negeri esok 29 September pada pukul 10.30 pagi. “Kami akan tunaikan tanggungjawab dan mandat rakyat sebaiknya. “Saya berterima kasih kepada rakyat Sabah kerana memilih pemimpin daripada GRS,” katanya pada satu sidang media di The Magellan Hotel di Kota Kinabalu, hari ini, 28 September  Turut hadir, Pengerusi Barisan Nasional Sabah Datuk Bung Moktar…

Read More

32.9 juta kes, 995,658 maut

AMERIKA Syarikat (AS) terus merekodkan kes jangkitan dan kematian tertinggi dengan catatan 7,107,673 kes dan 204,738 meninggal dunia. Data Johns Hopkins University sehingga 7.30 pagi ini merekodkan jumlah kes global sebanyak 32,949,407 dengan kematian 995,658 manakala kes sembuh pula 22,787,799. India pula merekodkan kedua tertinggi kes iaitu 5,992,532 dengan kematian 94,503 manakala Brazil merekodkan 4,717,991 kes dengan kematian 94,503. Rusia pula merekodkan 1,146,273 kes diikuti Colombia 806,038, Peru 800,142, Mexico 726,431, Sepanyol 716,481, Argentina 702,484, Afrika Selatan 670,766 dan Perancis 552,473 ? Tiga negara merekodkan lebih 400,000 kes iaitu Chile 457,901, Iran 446,448 dan United…

Read More