Hajiji Ketua Menteri Sabah

SELEPAS UMNO dan Bersatu berteka teki akhirnya Gabungan Rakyat Sabah (GRS) sebulat suara menamakan Hajiji Noor sebagai Ketua Menteri Sabah.

Hajiji yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sulaman itu mengesahkan akan mengangkat sumpah pada majlis di Istana Negeri esok 29 September pada pukul 10.30 pagi.

“Kami akan tunaikan tanggungjawab dan mandat rakyat sebaiknya.

“Saya berterima kasih kepada rakyat Sabah kerana memilih pemimpin daripada GRS,” katanya pada satu sidang media di The Magellan Hotel di Kota Kinabalu, hari ini, 28 September 

Turut hadir, Pengerusi Barisan Nasional Sabah Datuk Bung Moktar Radin dan Presiden Parti Solidariti Tanah Airku Datuk Dr Jeffrey Kitingan.

Related posts

Leave a Comment