Turun tapi kekal tiga angka

PUTRAJAYA: Masih tiga angka walaupun jumlah kes baharu Covid-19 hari ini kurang sedikit iaitu 115 kes berbanding 150 semalam.

Ketua Pengarah Kesihatan,  Dr Noor Hisham Abdullah, berkata sehubungan itu jumlah kumulatif kes dalam negara kini meningkat kepada 11,034 kes.

Daripada jumlah kes yang dilaporkan, 112 merupakan kes tempatan dan tiga lagi kes import di mana 11 daripada kes tempatan mempunyai sejarah perjalanan ke Sabah.

Katanya, jumlah kes aktif kembali meningkat kepada 1,011 kes.

Kali terakhir Malaysia mencatatkan jumlah kes aktif melebihi 1,000 adalah pada 13 Jun lalu dengan 1,014 kes.

Sementara itu, sebanyak 54 lagi kes disahkan pulih menjadikan jumlah kes pesakit sembuh meningkat kepada 9,889 kes.

Sebanyak lapan kes sedang mendapatkan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) dengan lima kes memerlukan alat bantuan pernafasan.

Related posts

Leave a Comment