472 kes, angka harian terendah

ARAB Saudi terus mencatatkan penurunan kes harian hampir setiap hari apabila kes baharu Covid-19 yang dilaporkan hari ini adalah 461 kes berbanding 472 semalam, angka yang dianggap terendah sejak beberapa bulan lalu. Ini menjadikan jumlah kes terkumpul setakat ini adalah 332,790. Kes aktif pula 11,730 di mana 1,035 kritikal. Menurut Kementerian Kesihatan, jumlah kematian pula menunjukkan peningkatan apabila 30 orang lagi meninggal dunia berbanding 26 kes semalam. Ini menjadikan jumlah kematian yang direkodkan adalah 4,655. Jumlah kes pesakit sembuh pula meningkat kepada 316,405 termasuk 769 kes pulih yang dilaporkan hari…

Read More

Kes meningkat, Filipina 301,256 Indonesia 271,339

INDONESIA mencatatkan 4,494 jangkitan baharu Covid-19 dalam tempoh 24 jam, menjadikan jumlah kes keseluruhan di republik itu kini mencecah 271,339. Sebanyak 119,379 lagi pesakit masih dalam pemantauan virus berkenaan. Bagi tempoh 12 tengah hari semalam sehingga 12 tengah hari ini 26 September, 90 lagi meninggal dunia menjadikan jumlah kematian kumulatif 10,308 orang. Jakarta mencatatkan kes positif keseluruhan tertinggi di republik itu iaitu 69,224 kes, dengan tambahan 1,322 kes baharu. Provinsi Jawa Timur mencatatkan jumlah kematian keseluruhan tertinggi iaitu 3,102 orang, diikuti Jakarta (1,673), Jawa Tengah (1,386) dan selebihnya di wilayah-wilayah…

Read More

Sabah catat 64 kes

PUTRAJAYA: Sabah yang mengadakan Pilihan Raya Negeri (PRN) hari ini, 26 September terus menunjukkan peningkatan kes positif Covid-19 dalam negara apabila merekodkan 64 kes daripada 82 kes yang dicatatkan. Sebahagian besar kes di Sabah melibatkan Kluster Benteng LD sebanyak 33 kes dan Kluster Bangau-Bangau 25. Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah  berkata, daripada 82 kes direkodkan pada hari ini, 79 kes merupakan penularan tempatan dan tiga kes import. Jumlah kumulatif kes adalah 10,769. Daripada 79 kes tempatan, 53 kes melibatkan warganegara manakala 26 bukan warganegara. Bagi kes import pula,…

Read More

Umrah tiga jam dikawal aplikasi

PERINGKAT pertama pembukaan semula Makkah untuk ibadah umrah akan memperuntukkan masa tiga jam bagi setiap jemaah menunaikan umrah dengan bermula dan berakhir di kawasan khusus di sekitar Tanah Suci. Kemasukan jemaah umrah ke dua masjid suci di Makkah dan Madinah itu mulai 4 Oktobet ini juga akan dikawal selia menerusi aplikasi I’tamarna yang akan tersedia di telefon pintar  berkuat kuasa 27 September. Berdasarkan perancangan, penetapan kawasan khusus di sekitar Tanah Suci akan membenarkan 6,000 jemaah menunaikan umrah pada enam waktu berlainan setiap hari dengan setiap kumpulan 1,000 jemaah diberikan masa…

Read More

Angka kematian kini 988,993

KEMATIAN global akibat Covid-19 setakat 3.30 petang, 26 September hampir mencecah satu juta ketika Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) memberi amaran bahawa angka kematian global mungkin boleh meningkat sehingga dua juta orang. “Satu juta adalah jumlah yang amat membimbangkan dan kita perlu memikirkan sesuatu sebelum ia menjadi dua juta (kematian),” katanya Pengarah Kecemasan WHO, Michael Ryan. Bagaimanapun data Johns Hopkins University telah pun menunjukkan 988,993 orang pesakit telah meninggal dunia dan angka itu dijangka mencecah satu juta dalam tempoh beberapa hari lagi. Amerika Syarikat (AS) mendahului dengan 203,774 kematian diikuti Brazil…

Read More

Positif pada hari pengundian

CALON Barisan Nasional (BN) bagi N.03 DUN Pitas, Sufian Abd. Karim mengesahkan beliau positif Covid-19 dan memohon individu yang bersamanya mengambil langkah berjaga-jaga. “Saya, Sufian Abd. Karim, calon BN bagi N.03 DUN Pitas baru saja mendapat keputusan test covid19 dan telah disahkan positif Covid-19,” katanya dalam hantaran di Facebook pada hari pengundian hari ini, 26 September. Sufian turut memohon maaf kepada pengundi, petugas, jentera, rakan dan keluarga yang banyak membantunya ketika kempen atas perkara itu. “Mohon kepada semua yang pernah bersama saya mengambil langkah berjaga-jaga dan sewajarnya dengan membuat saringan. Maaf…

Read More

Hari penentuan Sabah

PARTI mana dan siapa bakal Ketua Menteri akan ditentukan oleh 1.08 juta pengundi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-16 hari ini, 26 September 2020. Adakah Warisan Plus bakal meneruskan pentadbiran negeri di bawah bayu itu atau Gabungan Rakyat Sabah (GRS) mengambil alih? GRS terdiri daripada Perikatan Nasional, Barisan Nasional dan Parti Bersatu Sabah manakala Warisan Plus meliputi Warisan, DAP dan Amanah serta sekutu UPKO dan PKR.  Benar pertembungan dua gabungan ini amat sengit tetapi jangan pula permudahkan cabaran Parti Cinta Sabah (PCS) dan beberapa parti kecil lain yang menampilkan tokoh masing-masing yang…

Read More