Kes meningkat, Filipina 301,256 Indonesia 271,339

INDONESIA mencatatkan 4,494 jangkitan baharu Covid-19 dalam tempoh 24 jam, menjadikan jumlah kes keseluruhan di republik itu kini mencecah 271,339.

Sebanyak 119,379 lagi pesakit masih dalam pemantauan virus berkenaan.

Bagi tempoh 12 tengah hari semalam sehingga 12 tengah hari ini 26 September, 90 lagi meninggal dunia menjadikan jumlah kematian kumulatif 10,308 orang.

Jakarta mencatatkan kes positif keseluruhan tertinggi di republik itu iaitu 69,224 kes, dengan tambahan 1,322 kes baharu.

Provinsi Jawa Timur mencatatkan jumlah kematian keseluruhan tertinggi iaitu 3,102 orang, diikuti Jakarta (1,673), Jawa Tengah (1,386) dan selebihnya di wilayah-wilayah lain di Indonesia.

THAILAND melaporkan tiga kes baharu termasuk dua kru kabin warga asing, manakala sifar kematian menjadikan jumlahnya kepada  3,522 kes dan 59 kematian.

Menurut Pusat Pentadbiran Situasi Covid-19 (CSSA), dua kru kabin itu adalah seorang lelaki Jerman berusia 49 tahun yang tiba di Thailand pada 20 September dan lelaki Turki berusia 51 tahun, tiba di negara ini pada 21 September .

Mereka memasuki lokasi alternatif kuarantin (ASQ) sebaik tiba dan keluar dari Thailand pada 24 September. Ujian Covid-19 mendapati positif pada 24 September apabila kedua-dua mereka meninggalkan Thailand.

Sementara itu, seorang guru Albania berusia 51 tahun yang menjalani kuarantin wajib di ASQ di Bangkok diuji positif Covid-19.

Daripada jumlah keseluruhan kes, sebanyak 3,362 atau 95.5 peratus pesakit sembuh termasuk dua yang pulih hari ini manakala 101 masih di hospital.

FILIPINA setakat pukul 4 petang hari ini, 26 September 2020, melaporkan 2,747 kes baharu menjadikan jumlah keseluruhan kes meningkat kepada 301,256.

Kes aktif pula sebanyak 63,066.

Jabatan Kesihatan (DoH) juga mengumumkan 88 lagi pesakit meninggal dunia yang membawa jumlah kematian 5,284 orang.

Bagi kes sembuh, sebanyak 787 lagi pesakit pulih sepenuhnya yang membawa jumlah keseluruhan pemulihan meningkat kepada 232,906.

SINGAPURA mencatatkan 20 lagi kes baharu jangkitan Covid-19 menjadikan jumlah keseluruhan kes di republik itu 57,685. 

Kementerian Kesihatan (MoH) republik itu berkata terdapat lima kes import dan  satu kes komuniti membabitkan seorang pemegang pas kerja. 

Setakat ini, MoH mengklasifikasikan 1,036 kes dilaporkan sebagai kes import, 2,244 kes komuniti dan 54,385 kes melibatkan penghuni asrama.  

Sebanyak 57,341 kes sudah pulih sepenuhnya manakala 29 kes disahkan masih berada di hospital. Sementara itu, 268 pesakit yang bergejala ringan atau secara klinikal sihat tetapi masih positif dalam saringan Covid-19 telah diasingkan dan dijaga di kemudahan penjagaan komuniti. 

Setakat ini, 27 orang meninggal dunia akibat komplikasi Covid-19

Related posts

Leave a Comment