Angka kematian kini 988,993

KEMATIAN global akibat Covid-19 setakat 3.30 petang, 26 September hampir mencecah satu juta ketika Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) memberi amaran bahawa angka kematian global mungkin boleh meningkat sehingga dua juta orang.

“Satu juta adalah jumlah yang amat membimbangkan dan kita perlu memikirkan sesuatu sebelum ia menjadi dua juta (kematian),” katanya Pengarah Kecemasan WHO, Michael Ryan.

Bagaimanapun data Johns Hopkins University telah pun menunjukkan 988,993 orang pesakit telah meninggal dunia dan angka itu dijangka mencecah satu juta dalam tempoh beberapa hari lagi.

Amerika Syarikat (AS) mendahului dengan 203,774 kematian diikuti Brazil 140,537, India 93,379 dan Mexico 76,844.

Jumlah kes pula kini sebanyak 32.5 juta di mana AS merekodkan jumlah tertinggi iaitu 7,033,430 diikuti India 5,903,932, Brazil 4,689,613, Rusia 1,131,088, Colombia 798,317 , Peru 794,584, Mexico 720,858, Sepanyol 716,481 dan Argentina 691,235 .

Michael Ryan mempersoalkan sama ada semua pihak secara bersama-sama bersedia untuk mengelak daripada angka korban akibat pandemik itu mencecah dua juta orang

“Jika kita tidak mengambil langkah-langkah tertentu… kita akan melihat angka (dua juta) itu dan apa yang menyedihkan, jumlahnya mungkin boleh menjadi lebih tinggi,” katanya.

Related posts

Leave a Comment