472 kes, angka harian terendah

ARAB Saudi terus mencatatkan penurunan kes harian hampir setiap hari apabila kes baharu Covid-19 yang dilaporkan hari ini adalah 461 kes berbanding 472 semalam, angka yang dianggap terendah sejak beberapa bulan lalu.

Ini menjadikan jumlah kes terkumpul setakat ini adalah 332,790. Kes aktif pula 11,730 di mana 1,035 kritikal.

Menurut Kementerian Kesihatan, jumlah kematian pula menunjukkan peningkatan apabila 30 orang lagi meninggal dunia berbanding 26 kes semalam. Ini menjadikan jumlah kematian yang direkodkan adalah 4,655.

Jumlah kes pesakit sembuh pula meningkat kepada 316,405 termasuk 769 kes pulih yang dilaporkan hari ini. Angka itu menunjukkan 95 peratus daripada keseluruhan kes yang direkodkan.

Sementara itu, Jeddah merekodkan 49 kes, diikuti Makkah 42, Madinah 40, Hufof 29 dan Riyadh 27.

Related posts

Leave a Comment