Filipina atasi kes di Indonesia

INDONESIA mencatatkan 4,634 kes positif baharu Covid-19 dalam tempoh 24 jam, jumlah tertinggi sejak kes pertama dikesan di republik itu pada 2 Mac 2020.

Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes positif meningkat kepada 262,022 manakala sebanyak 110,910 lagi pesakit masih dalam pemantauan virus berkenaan.

Bagi tempoh 12 tengah hari semalam sehingga 12 tengah hari ini, 24 September, sebanyak 128 lagi kematian berlaku, menjadikan jumlah kumulatif 10,105 orang.

Provinsi Jakarta, masih mencatatkan kes positif keseluruhan tertinggi di republik itu iaitu 66,731 kes, dengan tambahan 1,044 kes baharu.

Provinsi Jawa Timur mencatatkan jumlah kematian keseluruhan tertinggi iaitu 3,062 orang, diikuti Jakarta (1,648), Jawa Tengah (1,359) dan selebihnya di wilayah lain.

SINGAPURA mengesahkan pertambahan 15 kes baharu jangkitan Covid-19 dalam tempoh 24 jam menjadikan jumlah keseluruhan kes positif di republik itu 57,654 kes.

Menurut Kementerian Kesihatan (MoH), terdapat lima kes import dan tiada kes komuniti.

Sebanyak 57,291 kes telah pulih sepenuhnya dan sejumlah 36 kes disahkan masih ditempatkan di hospital, namun tidak ada pesakit berada di unit rawatan rapi.

Sementara itu, 285 pesakit bergejala ringan atau secara klinikalnya sihat, tetapi diuji positif Covid-19, diasingkan dan dirawat di fasiliti komuniti.

Sehingga kini, 27 orang mati akibat komplikasi Covid-19.

.FILIPINA setakat pukul 4 petang, 24 September 2020, merekodkan 2,180 kes baharu  Covid-19 menjadikan jumlah kumulatif 296,755. Kes aktif pula 59,700.

Jabatan Kesihatan (DoH) juga merekodkan 36 kematian yang membawa jumlah pesakit yang meninggal dunia meningkat kepada 5,127.

Di samping itu, sebanyak 580 pesakit dilaporkan sembuh yang membawa jumlah keseluruhan kes pemulihan sebanyak 231,928.

THAILAND merekodkan dua kes baharu melibatkan seorang ahli perniagaan, 38 dan seorang wanita guru bahasa Inggeris, 54 yang dikuarantin selepas tiba dari Amerika Syarikat pada 10 September lalu.

Menurut Pusat Pentadbiran Situasi Covid-19 (CCSA), dengan kes baharu itu,

jumlah keseluruhan kes yang dicatatkan setakat ini adalah 3,516.

Daripada jumlah keseluruhan kes itu, sebanyak 3,353 atua 95.36% dilaporkan pulih termasuk lapan pesakit yang sembuh hari ini. Setakat ini 104 pesakit masih dirawat di hospital.

Jumlah kematian pula kekal 59 sejak 18 September lalu.

Related posts

Leave a Comment