Filipina atasi kes di Indonesia

INDONESIA mencatatkan 4,634 kes positif baharu Covid-19 dalam tempoh 24 jam, jumlah tertinggi sejak kes pertama dikesan di republik itu pada 2 Mac 2020. Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes positif meningkat kepada 262,022 manakala sebanyak 110,910 lagi pesakit masih dalam pemantauan virus berkenaan. Bagi tempoh 12 tengah hari semalam sehingga 12 tengah hari ini, 24 September, sebanyak 128 lagi kematian berlaku, menjadikan jumlah kumulatif 10,105 orang. Provinsi Jakarta, masih mencatatkan kes positif keseluruhan tertinggi di republik itu iaitu 66,731 kes, dengan tambahan 1,044 kes baharu. Provinsi Jawa Timur mencatatkan jumlah…

Read More

Arab Saudi catat 498 kes

ARAB Saudi merekodkan 498 kes baharu koronavirus Covid-19 dalam tempoh 24 jam menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 331,857. Menurut Kementerian Kesihatan, sebanyak 30 lagi pesakit meninggal dunia akibat komplikasi Covid-19 yang membawa jumlah keseluruhan kematian sebanyak 4,599. Sementara itu jumlah pesakit yang sembuh sepenuhnya adalah 1,007 menjadikan jumlah sembuh meningkat kepada 314,793 atau 94.85 peratus daripada keseluruhan kes. Berikutan penurunan kes harian, jumlah kes aktif juga turun kepada 12,465 di mana 1,090 adalah kritikal. Jeddah merekodkan kes tertinggi dengan 53 kes diikuti Hafouf 50, Makkah 46, Dammam 38, Riyadh 36, Baljarshi…

Read More

Kenyataan media Dr. Mahathir

  1. Apabila Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengatakan bahawa dia telah dimaklumkan bahawa ramai Ahli-Ahli Parlimen UMNO dan Barisan Nasional menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim boleh kita simpulkan bahawa Tan Sri Muhyiddin Yassin telah hilang majoritinya di Parlimen untuk terus kekal sebagai Perdana Menteri. 2. Jika kita menerima kenyataan Datuk Seri Ahmad Zahid adalah benar di atas kedudukannya sebagai Presiden UMNO dan Pengerusi BN, maka Tan Sri Muhyiddin tidak boleh lagi tegas dia masih mempunyai majoriti untuk kekal sebagai Perdana Menteri. 3. Yang penting sekarang ialah meneliti…

Read More

Muafakat tetapi tidak sepakat?

JIKA ikut perancangan awal, Anwar Ibrahim dijangka mendapat jawatan Perdana Menteri (PM) pada bulan November atau selepas Sidang Kemuncak APEC November ini. Itu janji Dr. Mahathir Mohamad pada Disember 2019 dan beliau mengulangi kenyataan itu pada Februari lalu. Malangnya Dr. Mahathir meletak jawatan dan kerajaan Pakatan Harapan (PH) terbubar. Anwar terlepas peluang November tetapi beliau terus ‘bekerja’ bagi merealisasikan impiannya. Kini beliau mendakwa mendapat peluang itu. Semalam beliau dengan penuh yakin menyatakan “saya telah mendapat sokongan yang kukuh dan menyakinkan daripada Ahli-Ahli Parlimen untuk saya persembahkan kepada Duli Yang Maha…

Read More

Kes di Malaysia kini 10,576

PUTRAJAYA: Sebanyak 71 kes baharu Covid-19 dicatatkan hari ini, 24 September menjadikan jumlah keseluruhan kes 10,576. Menurut Kementerian Kesihatan, daripada jumlah itu, 69 kes merupakan kes tempatan manakala dua lagi kes adalah kes import. Sabah masih mencatat kes tertinggi dengan 63 kes termasuk 10 kes dari Kluster Laut dan 47 kes dari Kluster Bangau-Bangau. Kedah dan Selangor masing-masing mencatat empat dan tiga kes baharu. Di Selangor, satu kes import melibatkan ketibaan dari Indonesia manakala satu kes import di Johor pula melibatkan ketibaan dari Singapura. Tiada kluster baharu direkodkan dan tiada…

Read More