4,465 kes baharu di Indonesia

INDONESIA mencatatkan 4,465 kes positif baharu Covid-19 dalam tempoh 24 jam, jumlah tertinggi sehingga kini menjadikan jumlah keseluruhan kes positif kini berjumlah 257,388. Berdasarkan data yang disiarkan di laman twitter rasmi Badan Nasional Pengurusan Bencana Indonesia @BNPB_Indonesia hari ini, sebanyak  109,541 pesakit masih lagi dalam pemantauan virus berbahaya berkenaan. Bagi tempoh 12 tengah hari semalam sehingga 12 tengah hari ini, 23 September sebanyak 140 kematian dicatatkan menjadikan jumlah kumulatif kini 9,977 kematian. Provinsi Jakarta, masih mencatatkan kes positif keseluruhan tertinggi di republik itu iaitu 65,687 kes dengan tambahan 1,133 kes baharu. Jawa Timur mencatatkan jumlah kematian keseluruhan…

Read More

Makkah catat 75 kes

JUMLAH kes jangkitan Covid-19 di Arab Saudi meningkat kepada 331,359 kes berikutan 561 kes baharu dilaporkan dalam tempoh 24 jam. Kementerian Kesihatan (MoH) dalam kenyataannya hari ini 23 September berkata, pada masa yang sama, 27 lagi pesakit meninggal dunia menjadikan jumlah keseluruhan kematian sebanyak 4,569 orang. Bagaimanapun, MoH juga merekodkan 1,102 pesakit sembuh sepenuhnya yang membawa kepada jumlah kes sembuh meningkat kepada 313, 786 atau 94 peratus daripada keseluruhan kes. Kes aktif pula 13,004 di mana 1,093 adalah kritikal. Sementara itu, Makkah merekodkan kes harian tertinggi dengan 75 kes diikuti…

Read More

Saya masih PM – Muhyiddin

PERDANA Menteri, Muhyiddin Yassin menegaskan kerajaan Perikatan Nasional (PN) masih teguh dan beliau masih Perdana Menteri yang sah. Dalam satu kenyataan media, beliau berkata, kenyataan Presiden PKR, Anwar Ibrahim yang mendakwa mempunyai sokongan majoriti ahli Parlimen untuk membentuk kerajaan bersifat dakwaan semata-mata. “Saya mengambil maklum kenyataan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mendakwa beliau mempunyai sokongan majoriti ahli-ahli Dewan Rakyat untuk membentuk kerajaan. “Dakwaan ini hendaklah dibuktikan menurut proses dan kaedah yang ditentukan oleh Perlembagaan Persekutuan. Tanpa melalui proses tersebut, kenyataan Datuk Seri Anwar hanyalah dakwaan semata-mata. “Sehingga dibuktikan sebaliknya, Kerajaan…

Read More

Melonjak ke 147 kes

PUTRAJAYA : Kes jangkitan Covid-19 melonjakmhari ini, 23 September apabila Kementerian Kesihatan mengesahkan 147 kes baharu positif Covid-19 dengan tiga kematian dilaporkan. Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata, Ini menjadikan jumlah kes positif Covid-19 di negara ini sebanyak 10,505 kes dengan jumlah kes aktif kebolehjangkitan sebanyak 770 kes manakala jumlah kumulatif kematian pula 133. Daripada 147 kes baharu yang dilaporkan, empat adalah kes import yang telah mendapat jangkitan di luar negara yang melibatkan tiga warganegara dan satu bukan warganegara. Daripada 143 kes penularan di dalam negara, 115 kes…

Read More

Kluster Udin di Tawau

SATU lagi kluster baharu dilaporkan hari ini di Tawau, Sabah. Kes indeks Kluster Udin ini (iaitu kes ke-9894) adalah seorang perempuan warganegara Malaysia berumur 72 tahun. Kes indeks dikesan positif Covid-19 hasil saringan warga emas yang dijalankan di Klinik Kesihatan Merotai, Tawau pada 12 September 2020. Susulan itu, saringan kontak rapat telah dijalankan dan dua lagi dikesan positif Covid-19 pada 22 September 2020. Kedua-dua kes positif ini melibatkan warganegara Filipina. Mereka tidak bergejala dan telah dimasukkan ke Hospital Tawau untuk rawatan. Sehingga 23 September 2020, 12:00 tengah hari, sejumlah 128…

Read More

UMNO tidak dapat halang

KETIKA Pas dan Gabungan Parti Sarawak (GPS) menyatakan pendirian kekal dengan kerajaan Perikatan Nasional (PN) pimpinan Muhyiddin Yassin, UMNO pula membuat pendirian yang berbeza. Kata Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi, UMNO dan BN bukan merupakan parti komponen PN dan sokongan kepada kerajaan PN merupakan sokongan dari Ahli-ahli Parlimen sahaja. “UMNO dan BN tidak dapat menghalang Ahli-ahli Parlimen yang mengambil keputusan untuk menyokong YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim yang berhasrat untuk mengadap Yang di-Pertuan Agong bagi menyatakan hasrat beliau sebagaimana dimaklumi,” katanya dalam satu kenyataan. Zahid dimaklumkan ramai Ahli Parlimen UMNO…

Read More

RM7 bilion bayar BPN 2.0

PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin mengumumkan Bantuan Prihatin Nasional 2.0 dengan peruntukan hampir RM7 bilion. Jelas beliau, bayaran BPN 2.0 akan dibuat dalam dua ansuran, pertamanya pada hujung bulan Oktober 2020 dan keduanya pada bulan Januari 2021. “Bagi golongan B40, bayaran ansuran pertama bulan Oktober adalah sebanyak RM700 dan keduanya, pada bulan Januari 2021 adalah sebanyak RM300,” katanya menerusi Pengumuman Kerangka Inisiatif Tambahan Khas: Kita Prihatin yang disiarkan secara langsung di sini hari ini. BPN 2.0 akan dibayar sebanyak RM1,000 kepada 3.7 juta isi rumah B40, RM500 kepada 3.8 juta…

Read More

Anwar dakwa PN jatuh

KUALA LUMPUR: Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Anwar Ibrahim mendakwa beliau mempunyai majoriti kukuh untuk membentuk kerajaan baharu dalam masa terdekat. Dalam satu sidang media tergempar di Kuala Lumpur pada Rabu, 23 September beliau menegaskan pada saat ini kerajaan pimpinan perdana menteri Muhyiddin Yassin “telah jatuh.” “Dengan sokongan dan majoriti kukuh dan meyakinkan, bermakna pada saat ini kerajaan pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin telah jatuh,” katanya disambut tepukan, sorakan dan laungan ‘reformasi’ daripada penyokongnya. Tambah beliau, maklumat dan langkah selanjutnya akan dimaklumkan selepas beliau bertemu Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah…

Read More

Rokok dan jantung

SETIAP tahun 1.9 juta kematian berlaku kerana penyakit jantung yang berpunca dari tembakau. Ini bersamaan satu dari lima kematian dari penyakit jantung. Merokok beberapa batang rokok sehari, perokok sosial atau pendedahan kepada asap rokok sekunder mampu meningkatkan risiko penyakit jantung. Pengurangan 50% risiko penyakit jantung boleh dikurangkan selepas setahun sekirannya pengguna tembakau berhenti merokok. Penggunaan tembakau tanpa asap pula menyebabkan kira-kira 200 000 kematian akibat masalah salur koronari jantung setiap tahun. Rokok elektronik juga meningkatkan tekanan darah tinggi yang juga meningkatkan risiko penyakit jantung. Kini, tekanan darah tinggi dan penyakit…

Read More