Melonjak ke 147 kes

PUTRAJAYA : Kes jangkitan Covid-19 melonjakmhari ini, 23 September apabila Kementerian Kesihatan mengesahkan 147 kes baharu positif Covid-19 dengan tiga kematian dilaporkan.

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata, Ini menjadikan jumlah kes positif Covid-19 di negara ini sebanyak 10,505 kes dengan jumlah kes aktif kebolehjangkitan sebanyak 770 kes manakala jumlah kumulatif kematian pula 133.

Daripada 147 kes baharu yang dilaporkan, empat adalah kes import yang telah mendapat jangkitan di luar negara yang melibatkan tiga warganegara dan satu bukan warganegara.

Daripada 143 kes penularan di dalam negara, 115 kes adalah warganegara Malaysia dan 28 kes adalah bukan warganegara.

Dalam satu kenyataan media, beliau berkata, sehingga kini, lapan kes positif sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), dua daripada kes memerlukan alat bantuan pernafasan.

Mengenai kematian pula, kes ke-131 (iaitu kes ke-10,495) merupakan perempuan warganegara Indonesia berumur 48 tahun yang mempunyai latar belakang penyakit kencing manis dan darah tinggi.

Kes mula mengalami gejala lemah badan, muntah, batuk dan demam pada 14 September 2020. Kes telah dibawa ke Jabatan Kecemasan Hospital Tawau, Sabah pada 18 September 2020 dalam keadaan separa sedar.

Bagaimanapun, keadaan mangsa merosot sebelum dipindahkan ke ICU pada 19 September dan disahkan meninggal dunia pada hari sama pada 10.20 malam. Pada 22 September 2020, saringan Covid-19 mangsa didapati positif.

Manakala bagi kes kematian ke-132 (iaitu kes ke-10493) merupakan lelaki warganegara Malaysia berumur 54 tahun. Kes telah mendapatkan rawatan di Jabatan Kecemasan Hospital Semporna,Sabah pada 18 september 2020 bagi gejala demam, batuk dan sukar bernafas.

Saringan telah dijalankan, bagaimanapun keadaan kes didapati semakin merosot dan kemudian dirujuk ke Hospital Tawau pada 20 September 2020 di mana kes dimasukkan ke ICU). Kes disahkan meninggal dunia pada 22 September 2020 pada pukul 6.55 petang.

Keputusan saringan pada 22 September 2020 mendapati mangsa positif Covid-19.

Bagi Kes kematian ke-133 (iaitu kes ke-9224) merupakan lelaki warganegara Malaysia berumur 72 tahun dengan latar belakang penyakit strok.

Kes dikesan sebagai kontak rapat kepada kes ke-9124 (telah meninggal dunia) yang merupakan kes positif dalam Kluster Tawar.

Kes tidak bergejala, dikesan positif pada 19 Ogos 2020 dan dimasukkan ke Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar. Keadaan kes didapati merosot dan dipindahkan ke ICU. Mangsa bagaimanapun disahkan meninggal dunia pada 23 September 2020 pukul  3.40 pagi.

Related posts

Leave a Comment