RM7 bilion bayar BPN 2.0

PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin mengumumkan Bantuan Prihatin Nasional 2.0 dengan peruntukan hampir RM7 bilion.

Jelas beliau, bayaran BPN 2.0 akan dibuat dalam dua ansuran, pertamanya pada hujung bulan Oktober 2020 dan keduanya pada bulan Januari 2021.

“Bagi golongan B40, bayaran ansuran pertama bulan Oktober adalah sebanyak RM700 dan keduanya, pada bulan Januari 2021 adalah sebanyak RM300,” katanya menerusi Pengumuman Kerangka Inisiatif Tambahan Khas: Kita Prihatin yang disiarkan secara langsung di sini hari ini.

BPN 2.0 akan dibayar sebanyak RM1,000 kepada 3.7 juta isi rumah B40, RM500 kepada 3.8 juta kumpulan B40 bujang, RM600 kepada hampir 1.4 juta isi rumah M40 dan RM300 kepada 1.7 juta kumpulan M40 bujang

Sehubungan itu, Muhyiddin berkata, tiada permohonan yang perlu dibuat untuk mendapatkan bantuan BPN 2.0 dan kerajaan akan menyalurkan bantuan secara terus kepada 10.6 juta penerima yang telah diluluskan di bawah BPN sebelum ini.

“Bagi mereka yang layak tetapi tidak pernah menerima BPN, kerajaan akan memberi peluang untuk rayuan dan permohonan baharu.

“Saya berharap dengan adanya bantuan tambahan ini, saudara dan saudari dapat menarik sedikit nafas lega dalam menampung perbelanjaan harian saudara saudari dan seisi keluarga,” ujar beliau.

Related posts

Leave a Comment