Kluster Udin di Tawau

SATU lagi kluster baharu dilaporkan hari ini di Tawau, Sabah. Kes indeks Kluster Udin ini (iaitu kes ke-9894) adalah seorang perempuan warganegara Malaysia berumur 72 tahun. Kes indeks dikesan positif Covid-19 hasil saringan warga emas yang dijalankan di Klinik Kesihatan Merotai, Tawau pada 12 September 2020.

Susulan itu, saringan kontak rapat telah dijalankan dan dua lagi dikesan positif Covid-19 pada 22 September 2020. Kedua-dua kes positif ini melibatkan warganegara Filipina. Mereka tidak bergejala dan telah dimasukkan ke Hospital Tawau untuk rawatan.

Sehingga 23 September 2020, 12:00 tengah hari, sejumlah 128 individu telah disaring. Keputusan saringan adalah tiga  dikesan positif Covid-19, 71 dikesan negatif dan 54 individu menunggu keputusan.

Langkah pencegahan jangkitan termasuk proses nyah kuman dan proses pembersihan telah dijalankan di lokasi-lokasi yang terlibat. Punca jangkitan masih dalam siasatan.

Related posts

Leave a Comment