Arab Saudi catat 552 kes

ARAB Saudi merekodkan peningkatan kes Covid-19 kepada 552 hari ini, Selasa 22 September selepas dua hari berturut-turut jumlah kes tidak melepasi angka 500 iaitu 492 kes pada Ahad dan 483 pada Isnin.

Dengan perkembangan ini, jumlah kumulatif kes meningkat kepada 330,798 dengan kes aktif sebanyak 13,572 di mana 1,121 kritikal.

Menurut Kementerian Kesihatan (MoH) sebanyak 30 lagi kematian dilaporkan, berbanding sebelum itu 27 kematian, angka yang sama dua hari berturut-turut. Jumlah kematian keseluruhan setakat ini adalah 4,542.

MoH juga mengesahkan 1,185 lagi pesakit pulih sepenuhnya menjadikan jumlah kes sembuh meningkat kepada 312,684.

Sementara itu Jeddah merekodkan kes tertinggi dengan 66 kes diikuti Makkah 53 kes, Hafouf 42, Madinah dan Riyadh masing-masing 33 kes dan Dammam 31 kes.

Related posts

Leave a Comment