Fasa peralihan monsun

FASA peralihan monsun dijangka bermula pada 24 September 2020 dan berterusan sehingga awal November 2020. Permulaan fasa ini menandakan berakhirnya Monsun Barat Daya yang bermula sejak 18 Mei 2020. Dalam tempoh ini, langit biasanya cerah pada waktu pagi dan kawasan di rantau negara akan menerima tiupan angin lemah dari pelbagai hala yang kondusif untuk pembentukan awan ribut petir pada sebelah petang. Semasa fasa peralihan monsun, keadaan cuaca yang lazim berlaku adalah ribut petir dan hujan lebat berserta angin kencang dalam jangka masa yang singkat terutamanya pada waktu petang dan awal…

Read More

Arab Saudi catat 552 kes

ARAB Saudi merekodkan peningkatan kes Covid-19 kepada 552 hari ini, Selasa 22 September selepas dua hari berturut-turut jumlah kes tidak melepasi angka 500 iaitu 492 kes pada Ahad dan 483 pada Isnin. Dengan perkembangan ini, jumlah kumulatif kes meningkat kepada 330,798 dengan kes aktif sebanyak 13,572 di mana 1,121 kritikal. Menurut Kementerian Kesihatan (MoH) sebanyak 30 lagi kematian dilaporkan, berbanding sebelum itu 27 kematian, angka yang sama dua hari berturut-turut. Jumlah kematian keseluruhan setakat ini adalah 4,542. MoH juga mengesahkan 1,185 lagi pesakit pulih sepenuhnya menjadikan jumlah kes sembuh meningkat…

Read More

Kes di Indonesia lebih 252,900

FILIPINA terus mencatatkan peningkatan kes Covid-19 apabila setakat pukul 4 petang hari ini, 22 September 2020, Jabatan Kesihatan (DoH) melaporkan sebanyak 1,635 kes baharu. Dengan pertambahan ini, jumlah kumulatif kes Covid-19 di negara itu meningkat kepada 291,789 di mana kes aktif pula sebanyak 56,097. DoH juga mengumumkan 50 lagi kematian dilaporkan akibat jangkitan Covid-19 yang membawa jumlah pesakit yang meninggal dunia setakat ini sebanyak 5,049 orang. Sebanyak 450 pesakit pulih sepenuhnya yang membawa jumlah keseluruhan pesakit sembuh meningkat kepada 230,643. INDONESIA mencatatkan 4,071 kes positif baharu Covid-19 dalam tempoh 24…

Read More

Kes baharu meningkat

PUTRAJAYA : Jumlah kes baharu Covid-19 mencatatkan peningkatan dalam tempoh 24 jam apabila 82 kes direkodkan hari ini berbanding 57 semalam (21 September) di mana Sabah mencatatkan 60 kes. Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kes baharu yang merangkumi 72 jangkitan tempatan dan 10 kes import menjadikan jumlah kumulatif terkini sebanyak 10,358. Bagi penularan tempatan, jangkitan melibatkan 60 rakyat tempatan dan 12 warga asing. Kes di Sabah membabitkan 41 kes daripada Kluster Benteng LD (Lahad Datu), selain masing-masing enam kes bagi Kluster Pulau dan Kluster Selamat; lima daripada Kluster Bangau-Bangau (kluster baharu) serta masing-masing satu kes saringan komuniti dan kes…

Read More

Kluster Bangau-Bangau

SATU lagi kluster baharu dilaporkan di Semporna, Sabah. Dinamakan Kluster Bangau-Bangau, kluster ketujuh selepas Kluster Pulau, Selamat, Benteng LD, Kuarters, Bakau dan Laut. Kluster baharu  ini dikenalpasti hasil saringan kemasukan pesakit ke Hospital Semporna. Sebanyak lima kes (iaitu kes ke-10340 hingga ke-10344) dikesan positif COVID-19 pada 21 September 2020. Daripada jumlah itu, 41 kes merupakan warganegara Malaysia dan satu kes merupakan bukan warganegara. Kesemua mereka tidak bergejala dan telah dimasukkan ke Hospital Semporna untuk rawatan. Sehingga 22 September 2020, 12 tengah hari, sejumlah 97 individu telah disaring. Keputusan saringan adalah…

Read More

AS dahului jangkitan, kematian

AMERIKA Syarikat (AS) terus mendahului jumlah jangkitan Covid-19 setakat 7.30 pagi ini, 22 September dengan merekodkan 6,831,222 kes daripada 31,186,000 kes yang direkodkan dunia. Data Johns Hopkins University menunjukkan AS juga merekodkan 199,816 kematian daripada 962,266 kematian seluruh dunia. India di kedudukan kedua dengan 5,487,580 kes dan 87,882 kematian (tempat ketiga) sementara Brazil merekodkan 4,544,629 kes dan 136,895 kematian. Rusia merekodkan 1,105,048 kes, Peru 768,895, Colombia 765,076, Mexico 697,663, Sepanyol 671,468, Afrika Selatan 661,936  dan Argentina 631,365. Perancis menghampiri setengah juta kes dengan 496,851 kes, Chile 447,468, Iran 425,481, United Kingdom 401,122, Bangladesh 350,621,…

Read More