Kes di Indonesia lebih 252,900

FILIPINA terus mencatatkan peningkatan kes Covid-19 apabila setakat pukul 4 petang hari ini, 22 September 2020, Jabatan Kesihatan (DoH) melaporkan sebanyak 1,635 kes baharu.

Dengan pertambahan ini, jumlah kumulatif kes Covid-19 di negara itu meningkat kepada 291,789 di mana kes aktif pula sebanyak 56,097.

DoH juga mengumumkan 50 lagi kematian dilaporkan akibat jangkitan Covid-19 yang membawa jumlah pesakit yang meninggal dunia setakat ini sebanyak 5,049 orang.

Sebanyak 450 pesakit pulih sepenuhnya yang membawa jumlah keseluruhan pesakit sembuh meningkat kepada 230,643.

INDONESIA mencatatkan 4,071 kes positif baharu Covid-19 dalam tempoh 24 jam, menjadikan jumlah keseluruhan kes meningkat kepada 252,923.

Bagi tempoh 12 tengah hari semalam hingga 12 tengah hari ini, 22 September sebanyak 160 lagi kematian berlaku, menjadikan jumlah kumulatif kini 9,837 orang.

Sebanyak 109,721 lagi pesakit masih dalam pemantauan virus berkenaan.

Provinsi Jakarta masih mencatatkan kes positif keseluruhan tertinggi iaitu 64,554 kes, dengan tambahan 1,236 kes baharu.

Jawa Timur mencatatkan jumlah kematian keseluruhan tertinggi iaitu 3,015 orang, diikuti Jakarta (1,600), Jawa Tengah (1,314) dan selebihnya di wilayah lain.

THAILAND kembali mencatatkan kes baharu hari ini dengan lima kes menjadikan jumlah keseluruhan kes kini berjumlah 3,511.

Daripada jumlah itu, 3,343 kes pulih dan 109 pesakit masih dirawat di hospital manakala 59 orang meninggal dunia.

Empat kes membabitkan warganegara India iaitu tiga daripada satu keluarga – suami isteri 36 dan 30 tahun serta bayi perempuan tujuh bulan manakala seorang lagi ahli perniagaan berusia 62 tahun. Mereka tiba Rabu lalu.

Satu lagi kes melibatkan wanita warga tempatan berusia 44 tahun yang tiba dari Switzerland pada Rabu lalu

Semua kes itu tidak menunjukkan sebarang gejala dan didapati negatif semasa menjalani saringan ketika berada di pusat kuarantin di Bangkok dan Chon Buri.

Related posts

Leave a Comment