AS dahului jangkitan, kematian

AMERIKA Syarikat (AS) terus mendahului jumlah jangkitan Covid-19 setakat 7.30 pagi ini, 22 September dengan merekodkan 6,831,222 kes daripada 31,186,000 kes yang direkodkan dunia.

Data Johns Hopkins University menunjukkan AS juga merekodkan 199,816 kematian daripada 962,266 kematian seluruh dunia.

India di kedudukan kedua dengan 5,487,580 kes dan 87,882 kematian (tempat ketiga) sementara Brazil merekodkan 4,544,629 kes dan 136,895 kematian.

Rusia merekodkan 1,105,048 kes, Peru 768,895, Colombia 765,076, Mexico 697,663, Sepanyol 671,468, Afrika Selatan 661,936  dan Argentina 631,365.

Perancis menghampiri setengah juta kes dengan 496,851 kes, Chile 447,468, Iran 425,481, United Kingdom 401,122, Bangladesh 350,621, Arab Saudi 330,246, Iraq 322,856, Pakistan 306,304 dan Turki 304,610.

Empat negara merekodkan lebih 200,000 kes iaitu Itali 299,506, Filipina 290,190, Jerman 275,557 dan Indonesia 248,852.

Empat belas negara mencatatkan lebih 100,000 kes iaitu Israel, Ukraine, Kanada, Bolivia, Ecuador, Qatar, Romania, Republik Dominica, Kazakhstan, Panama, Morocco, Belgium, Mesir dan Netherlands.

Sementara itu, Mexico merekodkan 73,493 kematian diikuti United Kingdom 41,877, Itali 35,724 , Peru 31,369, Perancis 31,369, Sepanyol 30,663, Iran 24,478, Colombia 24,208 dan Rusia 19,420.

Bagi kes sembuh pula, daripada 21,327,416 kes sembuh, India mendahului dengan 4,396,399 kes, Brazil 3,963,446, AS 2,590,695, Rusia 909,026, Colombia 633,199, Peru 607,837.

Afrika Selatan 591,208, Mexico 590,459, Argentina 488,231, Chile 421,111, Iran 361,523, Arab Saudi 311,499, Pakistan 292,869, Turki 268,435, Bangladesh 258,717 , Iraq 258,075, Jerman 242,656, Filipina 230,233 dan Itali 218,703.

Related posts

Leave a Comment