Kluster Bangau-Bangau

SATU lagi kluster baharu dilaporkan di Semporna, Sabah. Dinamakan Kluster Bangau-Bangau, kluster ketujuh selepas Kluster Pulau, Selamat, Benteng LD, Kuarters, Bakau dan Laut.

Kluster baharu  ini dikenalpasti hasil saringan kemasukan pesakit ke Hospital Semporna. Sebanyak lima kes (iaitu kes ke-10340 hingga ke-10344) dikesan positif COVID-19 pada 21 September 2020.

Daripada jumlah itu, 41 kes merupakan warganegara Malaysia dan satu kes merupakan bukan warganegara. Kesemua mereka tidak bergejala dan telah dimasukkan ke Hospital Semporna untuk rawatan. Sehingga 22 September 2020, 12 tengah hari, sejumlah 97 individu telah

disaring. Keputusan saringan adalah lima dikesan positif Covid-19; dan 92 individu masih menunggu keputusan.

Langkah pencegahan jangkitan termasuk proses nyah kuman dan proses pembersihan telah dijalankan di Hospital Semporna. Punca jangkitan adalah masih dalam siasatan. Perkhidmatan di Hospital Semporna berjalan seperti biasa.

Related posts

Leave a Comment