ARAB Saudi terus mencatatkan penurunan kes jangkitan Covid-19 apabila Kementerian Kesihatan melaporkan jumlah kes harian yang direkodkan hari ini, 20 September adalah 483 kes, terendah berbanding tempoh lima bulan lalu. Semalam, Arab Saudi merekodkan 551 kes baharu jangkitan dan pada Jumaat pula sebanyak 576 kes. Secara keseluruhan, jumlah kes jangkitan Covid-19 adalah sebanyak 329,754 sementara jumlah kematian pula meningkat kepada 4,485 kes termasuk 27 kematian yang dilaporkan hari ini. Sebanyak 1,009 kes sembuh dalam tempoh 24 jam yang membawa kepada jumlah keseluruhan 310,439. Sementara itu, Jeddah merekodkan kes tertinggi dengan 64…
Read MoreDay: September 20, 2020
Filipina atasi kes Indonesia
FILIPINA terus mencatatkan peningkatan kes jangkitan Covid-19 apabila 3,311 kes baharu disahkan Jabatan Kesihatan (DoH) yang membawa kepada jumlah keseluruhan kes 286,743. Kes aktif pula sebanyak 51,894 sementara jumlah kematian meningkat kepada 4,984 orang berikutan 55 lagi pesakit dilaporkan meninggal dunia. Sehingga pukul 4 petang ini, 20 September, DoH juga merekodkan 20,021 kes pesakit yang sembuh dan ini membawa kepada 229,865 pesakit pulih sepenuhnya. Sementara itu INDONESIA mencatatkan 3,989 kes positif baharu dalam tempoh 24 jam, menjadikan kes keseluruhan berjumlah 244,676 kes. Berdasarkan data yang dimuat naik di laman sesawang rasmi…
Read MoreKluster Ara di Pulau Pinang
SATU kluster baharu dilaporkan di Pulau Pinang. Kes indeks kluster ini adalah seorang lelaki berumur 44 tahun yang merupakan warganegara Malaysia (iaitu kes ke-10024). Kes indeks telah dikesan positif Covid-19 melalui saringan di Pintu Masuk Antarabangsa (PMA) Sandakan, Sabah pada 15 September 2020 berikutan kedatangan kes dari Semenanjung Malaysia. Susulan itu, saringan kontak rapat telah dijalankan dan satu kes positif Covid-19 dikenal pasti. Kes positif ini (kes ke-10217) merupakan anak saudara kepada kes indeks (iaitu kes ke-10024). Kes dikesan positif pada 19 September 2020 dan telah dimasukkan ke Hospital Pulau…
Read MoreMALAYSIA merekodkan 52 kes baharu menjadikan jumlah keseluruhan 10,219 kes. Daripada 52 kes itu, 40 adalah kes penularan tempatan yang melibatkan 26 adalah warganegara dan 14 kes bagi bukan warganegara manakala 12 kes adalah kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara. Sebanyak 40 kes telah pulih menjadikan 9,355 pesakit pulih dan discaj. Tiada kes kematian dicatatkan menjadikan jumlah keseluruhan kematian sebanyak 130 kes.
Read More30.6 juta kes, 955,404 maut
JUMLAH kes Covid-19 seluruh dunia kini meningkat kepada 30,673,633 dengan jumlah kematian 955,404 orang sementara kes sembuh pula sebanyak 20,908,230. Data Johns Hopkins University sehingga 10 pagi ini menunjukkan Amerika Syarikat (AS) masih mendahului dengan 6,764,780 kes dan 199,258 kematian. India menduduki tempat kedua dengan 5,308,014 kes dan 85,619 kematian (ketiga) serta Brazil 4,528,240 kes dan 136,532 kematian (kedua tertinggi). Rusia merekodkan 1,092,915 kes, Peru 756,412, Colombia 750,471, Mexico 694,121, Afrika Selatan 659,656, Sepanyol 640,040, Argentina 622,934, Perancis 467,552, Chile 444,674 dan Iran 419,043. United Kingdom pula menghampiri 400,000 kes apabila jumlah yang…
Read MoreHina rupa fizikal jenayah
KUALA LUMPUR – Perbuatan mengutuk, menghina dan mencaci bentuk tubuh seseorang adalah satu kesalahan jenayah yang boleh diambil tindakan undang-undang. Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador berkata, undang-undang yang terpakai di Malaysia untuk menangani pelakuan jenayah berkenaan adalah di bawah Seksyen 233(1)(a)(b) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, Seksyen 509 Kanun Keseksaan (KK) dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955. Mereka yang didapati bersalah di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 boleh dikenakan denda tidak lebih RM50,000 dan penjara tidak lebih setahun atau kedua-duanya, manakala kesalahan di…
Read More