Kes harian terendah di Saudi

ARAB Saudi terus mencatatkan penurunan kes jangkitan Covid-19 apabila Kementerian Kesihatan melaporkan jumlah kes harian yang direkodkan hari ini, 20 September adalah 483 kes, terendah berbanding tempoh lima bulan lalu.

Semalam, Arab Saudi merekodkan 551 kes baharu  jangkitan dan pada Jumaat  pula sebanyak 576 kes.

Secara keseluruhan, jumlah kes jangkitan Covid-19 adalah sebanyak 329,754 sementara jumlah kematian pula meningkat kepada 4,485 kes termasuk 27 kematian yang dilaporkan hari ini.

Sebanyak 1,009 kes sembuh dalam tempoh 24 jam yang membawa kepada jumlah keseluruhan 310,439.

Sementara itu, Jeddah merekodkan kes tertinggi dengan 64 kes diikuti Makkah 42, Hufof 41, Riyadh 30, Madinah 23 dan Dhahran 22.

Related posts

Leave a Comment