Filipina atasi kes Indonesia

FILIPINA terus mencatatkan peningkatan kes jangkitan Covid-19 apabila 3,311 kes baharu disahkan Jabatan Kesihatan (DoH) yang membawa kepada jumlah keseluruhan kes 286,743.

Kes aktif pula sebanyak 51,894 sementara jumlah kematian meningkat kepada 4,984 orang berikutan 55 lagi pesakit dilaporkan meninggal dunia.

Sehingga pukul 4 petang ini, 20 September, DoH juga merekodkan 20,021 kes pesakit yang sembuh dan ini membawa kepada 229,865 pesakit pulih sepenuhnya.

Sementara itu INDONESIA mencatatkan 3,989 kes positif baharu dalam tempoh 24 jam, menjadikan kes keseluruhan berjumlah 244,676 kes.

Berdasarkan data yang dimuat naik di laman sesawang rasmi pemerintah Indonesia berkenaan Covid-19, sebanyak 107,370 lagi pesakit masih dalam pemantauan.

Bagi tempoh 12 tengah hari semalam sehingga 12 tengah hari ini juga, sebanyak 105 kematian berlaku, menjadikan jumlah kumulatif yang meninggal dunia akibat mencecah 9,553 orang.

Jakarta masih mencatatkan kes positif keseluruhan tertinggi iaitu 61,966 kes, dengan tambahan 1,138 kes baharu manakala Jawa Timur mencatatkan kematian keseluruhan tertinggi iaitu 2,965 orang, diikuti Jakarta (1,541), Jawa Tengah (1,252) dan selebihnya wilayah lain.

Related posts

Leave a Comment