30.6 juta kes, 955,404 maut

JUMLAH kes Covid-19 seluruh dunia kini meningkat kepada 30,673,633 dengan jumlah kematian 955,404 orang sementara kes sembuh pula sebanyak 20,908,230.

Data Johns Hopkins University sehingga 10 pagi ini menunjukkan Amerika Syarikat (AS) masih mendahului dengan 6,764,780 kes dan 199,258 kematian.

India menduduki tempat kedua dengan 5,308,014 kes dan 85,619 kematian (ketiga) serta Brazil 4,528,240 kes dan 136,532 kematian (kedua tertinggi).

Rusia merekodkan 1,092,915 kes, Peru 756,412, Colombia 750,471, Mexico 694,121, Afrika Selatan 659,656, Sepanyol 640,040, Argentina 622,934, Perancis 467,552, Chile 444,674 dan Iran 419,043.

United Kingdom pula menghampiri 400,000 kes apabila jumlah yang tercatat setakat ini 392,844, Bangladesh 347,372, Arab Saudi 329,271, Iraq 315,597, Pakistan 305,031 dan Turki 301,348.

Dua negara anggota ASEAN berada dalam kelompok 200,000 kes yang didahukui Itali 296,569 diikuti Filipina 283,460, Jerman 272,932, Indonesia 240,687.

Sebelas p negara mencatatkan lebih 100,000 kes didahului Israel 183,602, Ukraine 177,048, Kanada 144,605, Bolivia 130,051, Ecuador 125,620, Qatar 123,146, Romania 111,550, Republik Dominica 107,700, Kazakhstan 107,199, Panama 105,601 dan Mesir 101,900.

Bagi kes kematian pula, Mexico menduduki tempat keempat dengan 73,258 kes, United Kingdom 41,848, Itali 35,692, Peru 31,283, Perancis 31,257, Sepanyol 30,495, Iran 24,118 dan Colombia 23,665.

Rusia pula merekodkan 19,270 kes, Afrika Selatan 15,940. Argentina 12,799, Chile 12,254 dan Ecuador 11,084.

Sementara itu daripada lebih 20 juta kes sembuh, India merekodkan 4,208,431 kes sembuh, Brazil 3,936,893, AS 2,577,446, Rusia 903,545, Colombia 615,457, Peru 594,513, Afrika Selatan 589,434 dan Mexico 586,154

Argentina pula 478,077 kes sembuh, Chile 418,101, Iran 357,632, Arab Saudi 309,430, Pakistan 292,044, Turki 266,117, Bangladesh 254,386, Iraq 249,539, Jerman 240,510 dan Itali 217,716.

Related posts

Leave a Comment