Makkah catat 58 kes baharu

JUMLAH kes jangkitan Covid-19 di Arab Saudi sekali lagi menunjukkan penurunan apabila Kementerian Kesihatan melaporkan 576 kes baharu dicatatkan hari ini, Jumaat 18 September berbanding 593 kes semalam. Dengan tambahan kes baharu ini, jumlah kumulatif kes setakat ini di Arab Saudi adalah sebanyak 328,720 kes. Jumlah kematian bagaimanapun meningkat seorang apabila rekod hari ini menunjukkan 31 pesakit meninggal dunia berbanding 30 semalam menjadikan jumlah kumulatif kematian meningkat kepada 4,430 orang. Bagi tempoh yang sama, sebanyak 1,145 pesakit dilaporkan pulih menjadikan jumlah pesakit sembuh kini meningkat kepada 308,352 atau 93 peratus…

Read More

Op Benteng tahan 50 PATI

OPERASI Benteng (Op Benteng) berjaya menahan 88 pendatang asing tanpa izin (PATI), empat tekong dan seorang penyeludup semalam serta merampas lapan kenderaan darat. Menteri Kanan Pertahanan,  Ismail Sabri Yaakob berkata, mereka ditahan ketika 82 sekatan jalan raya Op Benteng yang melibatkan Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Agensi Kawalan Sempadan Malaysia (AKSEM). “Kerajaan akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang cuba memasuki sempadan negara secara haram dan agensi penguatkuasa akan terus mengetatkan kawalan sempadan terutamanya di lorong tikus,” katanya dalam kenyataan mengenai pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan…

Read More

Melonjak kepada 95 kes

PUTRAJAYA: Kes jangkitan baharu Covid-19 melonjak kepada 95 kes berbanding 21 kes pada hari sebelumnya menjadikan jumlah kumulatif kes Covid-19 di negara ini  sebanyak 10,147 kes. Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah kes baharu itu, sebanyak 91 kes merupakan jangkitan tempatan, sementara empat lagi adalah kes import. “Daripada 91 kes penularan di dalam negara, 68 kes adalah warganegara Malaysia dan 23 kes adalah bukan warganegara,” katanya dalam kenyataan pada Jumaat, 18 September. Sebanyak 90 kes daripada jumlah kes baharu direkodkan di Sabah dengan 76 kes membabitkan…

Read More

PRN Sabah penentu PRU15

KOTA BELUD: Kerajaan Perikatan Nasional (PN) telah memberi isyarat mengenai tarikh Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) tetapi ia juga bergantung kepada keputusan pengundi-pengundi Sabah Jika keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah memihak kepada kerajaan PN atau Gabungan Rakyat Sabah (GRS) maka lebih cepat PRU diadakan. Perdana Menteri Muhyiddin Yassin telah memberi bayangan, sekiranya rakyat Sabah memberi mandat yang meyakinkan kepada GRS, maka PRU15 akan lebih cepat diadakan. “PRN Sabah ini adalah penentu masa depan di Sabah. Di peringkat nasional kita belum putuskan bila hendak mengadakan PRU. Kalau di Sabah kita…

Read More

30 juta kes jangkitan

JUMLAH kumulatif kes jangkitan Covid-19 di seluruh dunia kini mencecah 30 juta orang iaitu 30,003,378 manakala kematian pula meningkat kepada 943,203. Setakat pukul 7.30 pagi ini, 18 September, data Johns Hopkins University menunjukkan, Amerika Syarikat (AS) mendahului dengan 6,669,322 kes dan 197,554 kematian. Ini diikuti India dengan 5,118,253 kes dan Brazil 4,419,083 kes manakala kematian pula Brazil di tempat kedua dengan 134,106 dan India 83,198. Rusia pula merekodkan 1,081,152 kes diikuti Peru 744,400, Colombia 736,377, Mexico 680,931, Afrika Selatan 655,572, Sepanyol 625,651 dan Argentina 589,012 Perancis pula merekodkan 454,099 kes, Chile 441,150 dan Iran 413,149 manakala …

Read More