Makkah catat 58 kes baharu

JUMLAH kes jangkitan Covid-19 di Arab Saudi sekali lagi menunjukkan penurunan apabila Kementerian Kesihatan melaporkan 576 kes baharu dicatatkan hari ini, Jumaat 18 September berbanding 593 kes semalam.

Dengan tambahan kes baharu ini, jumlah kumulatif kes setakat ini di Arab Saudi adalah sebanyak 328,720 kes.

Jumlah kematian bagaimanapun meningkat seorang apabila rekod hari ini menunjukkan 31 pesakit meninggal dunia berbanding 30 semalam menjadikan jumlah kumulatif kematian meningkat kepada 4,430 orang.

Bagi tempoh yang sama, sebanyak 1,145 pesakit dilaporkan pulih menjadikan jumlah pesakit sembuh kini meningkat kepada 308,352 atau 93 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.

Kes aktif pula adalah sebanyak 15,938 di mana 1,189 kes adalah kritikal.

Sementara itu Makkah mendahului kes jangkitan baharu dengan 58 kes, menunjukkan peningkatan berbanding 50 kes semalam diikuti Jeddah 52 berbanding 55 kes semalam.

Hafouf pula merekodkan peningkatan daripada 38 kes semalam kepada 47 kes, Dammam 37, Riyadh 35 dan  Madinah 33.

Related posts

Leave a Comment