30 juta kes jangkitan

JUMLAH kumulatif kes jangkitan Covid-19 di seluruh dunia kini mencecah 30 juta orang iaitu 30,003,378 manakala kematian pula meningkat kepada 943,203.

Setakat pukul 7.30 pagi ini, 18 September, data Johns Hopkins University menunjukkan, Amerika Syarikat (AS) mendahului dengan 6,669,322 kes dan 197,554 kematian.

Ini diikuti India dengan 5,118,253 kes dan Brazil 4,419,083 kes manakala kematian pula Brazil di tempat kedua dengan 134,106 dan India 83,198.

Rusia pula merekodkan 1,081,152 kes diikuti Peru 744,400, Colombia 736,377, Mexico 680,931, Afrika Selatan 655,572, Sepanyol 625,651 dan Argentina 589,012

Perancis pula merekodkan 454,099 kes, Chile 441,150 dan Iran 413,149 manakala  United Kingdom 384,075, Bangladesh 344,264, Arab Saudi 328,144, Iraq 307,385 dan Pakistan 303,634.

Lima negara merekodkan lebih 200,000 kes iaitu Turki, Itali, Filipina, Jerman dan Indonesia manakala 11 negara lebih 100,000 kes iaitu Israel, Ukraine, Kanada, Bolivia, Qatar, Bolivia, Qatar, Ecuador, Romania, Kazakhstan, Republik Dominica, Panama dan Mesir,

Bagi kes kematian pula Mexico menduduki tempat keempat dengan  71,978 kes , United Kingdom 41,794, Itali 35,658, Perancis 31,103 , Peru 31,051, Sepanyol 30,405, Iran 23,808 dan Colombia 23,478.

Rusia 18,996, Afrika Selatan 15,772, Argentina 12,229, Chile 12,142, Ecuador 11,029 dan Belgium 9,935.

Sementara itu 20,398,381 dilaporkan sembuh di mana India merekodkan 4,025,079 , Brazil 3,873,934, Amerika Syarikat 2,525,573 dan Rusia 893,145 .

Related posts

Leave a Comment