Kadar kebolehjangkitan 0.90

PUTRAJAYA 22 Dis. – Kadar kebolehjangkitan atau R-naught (Rt) Covid-19 bagi seluruh negara semalam turun kepada 0.90 berbanding 0.91 pada hari sebelumnya.

Sepuluh negeri merekodkan kadar lebih tinggi didahului Pulau Pinang dan Pahang dengan masing-masing merekodkan 1.00.

Ini diikuti Terengganu 0.99, Johor 0.96, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 0.94, Wilayah Persekutuan Putrajaya 0.94, Negeri Sembilan 0.93, Perak 0.93, Melaka 0.92 dan Selangor 0.92.

Sementara itu, negeri-negeri yang merekodkan di bawah 0.90 adalah Kedah 0.89, Perlis 0.89,  Wilayah Persekutuan Labuan 0.88, Kelantan 0.87, Sabah 0.83 dan Sarawak 0.75.

Related posts

Leave a Comment