Indonesia kini 203,342 kes

INDONESIA terus mencatatkan pertambahan kes Covid-19 apabila merekodkan 3.307 kes baharu pada Rabu, 9 September menjadikan jumlah kumulatif sebanyak  203,342 kes.

Kes aktif pula 49,806 dengan tambahan 3,307 kes baharu.

Jakarta merekodkan kes harian tertinggi iaitu 1.004 kes dan kumulatifnya mencapai 49,397 kes;diikuti Jawa Timur dengan 370 kes  dan kumulatifnya 36.712 kes.

Sebanyak 106 lagi kematian dilaporkan yang membawa kepada jumlah keseluruhan pesakit yang meninggal dunia sebanyak 8,336 orang.

Manakala kes sembuh pula meningkat kepada 145,200 termasuk 2,242 pesakit yang sembuh hari ini.

SINGAPURA merekodkan tambahan 75 kes baharu Covid-19 dalam tempoh 24 jam lepas dengan 14 kes import. 

Menurut Kementerian Kesihatan (MoH) terdapat satu kes komuniti manakala 60 kes lain membabitkan penghuni asrama. Kini jumlah  keseluruhan kes di republik itu mencecah 57,166 kes. 

Dalam data lengkap lewat semalam, republik itu mengklasifikasikan 940 kes yang dilaporkan sebagai kes import, 2,230 kes komuniti dan 53, 921 melibatkan penghuni asrama.

Seramai 56,461 pesakit pulih sepenuhnya dan 48 kes masih dirawat di hospital.

Sementara itu, 555 pesakit yang mempunyai gejala ringan atau sihat secara klinikal tetapi diuji positif bagi Covid-19 telah diasingkan dan dirawat di kemudahan komuniti. Setakat ini, 27 orang meninggal dunia akibat komplikasi Covid-19.

Related posts

Leave a Comment